PULAU INDAH, 9 DIS 21 - 1 beg darah mampu selamatkan 3 nyawa. Pusat Hidrografi Nasional mencipta rekod baharu apabila 110 beg darah berjaya didermakan oleh warga PHN di dalam Program Derma Darah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH ke - 15 (HUT KDSAAS) pada 9 Dis 21 bertempat di Wisma Bintara Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) dengan kerjasama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM).
PULAU INDAH, 1 DIS 21 - Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON), Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melaksanakan lawatan rasmi ke Pusat Hidrografi Nasional pada 1 Dis 21. Delegasi diketuai oleh Pengarah Pusat Pengurusan Operasi Negara, Brig Jen Mohd Nazaruddin bin Mohd Nazir.
PULAU INDAH, 28 NOV 21 - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) mula menerbitkan Jadual Pasang Surut Malaysia (JPSM) secara komersial pada tahun 1986. JPSM telah mengalami evolusi sejajar dengan permintaan yang tinggi daripada komuniti maritim. Seiring dengan Revolusi Industri 4.0, PHN telah membuat transformasi JPSM kepada digital JPSM atau dikenali sebagai e-Tide. Mula dibangunkan pada akhir 2019 dengan menggunakan Visual Basic for Applications (VBA) dan telah diedarkan untuk ujicuba kepada kapal-kapal TLDM pada Mac 2020.
e-Tide merangkumi 70 pasang surut pelabuhan piawai dan 6 aliran pasang surut sepertimana yang di dalam JPSM. e-Tide berupaya untuk menjana data ramalan secara harian, mingguan atau bulanan tertakluk kepada keperluan pengguna dan bersifat lebih mesra pengguna.
PULAU INDAH, 19 NOV 21 - Kursus Pengedalian Sistem Sekunder Kapal (C006-0010) telah dilaksanakan pada 15 hingga 19 Nov 21 di Makmal Komputer Pusat Hidrografi Nasional. Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Kdr Mohd Khairunie Mohammed TLDM.
PULAU INDAH, 19 NOV 21 - Navy People di Pusat Hidrografi Nasional (PHN) komited dalam melandaikan penularan COVID-19. Pengambilan vaksin dos penggalak dapat meningkatkan perlindungan yang optimum terhadap jangkitan COVID-19. Program Imunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK) Dos Penggalak PHN dan unit bawah naungan telah dilaksanakan dengan kerjasama PPAT REJ 311 TUDM JUGRA pada 19 Nov 21.
JOHOR BAHARU, 15 NOV 21 - Majlis Perasmian Kursus Hydrography and Marine Technology Programme (UTM HYDRO III) telah disempurnakan oleh YBrs. Sr. Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Majlis dilaksanakan secara dalam talian melalui platform CISCO WEBEX.
PULAU INDAH, 12 NOV 21 - Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil Kesyukuran Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) telah dilaksanakan pada 12 Nov 21 di pagi jumaat yang penuh barakah. Majlis ini dilaksanakan bagi memupuk rohani warga PTPI untuk sentiasa rasa bersyukur kepada Allah SWT dan memohon kebaikan di dalam kehidupan serta mendoakan kesejahteraan Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato Hanafiah bin Hassan.
PUTRAJAYA, 11 NOV 21 - Mesyuarat Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) Ke-72 telah berlangsung pada 10 dan 11 November 2021 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I (JUPEM). Pusat hidrografi Nasional (PHN) telah diwakili oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan.
PULAU INDAH, 29 OKT 21 - Cawangan Pencartaan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah melaksanakan Kursus Asas Kartografi ataupun lebih dikenali sebagai Kursus Kategori C Kartografi mulai 18 hingga 29 Okt 21. Kursus ini telah dilaksanakan di Bilik Latihan Kartografi PHN. Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal Pelukis Carta terhadap kaedah dan piawaian terkini yang telah ditetapkan oleh International Hydrographic Organisation (IHO) dan International Cartographic Association (ICA) dalam kerja-kerja penerbitan carta serta produk nautika. Kursus ini juga adalah prasyarat bagi melayakkan peserta untuk menghadiri Kursus Kategori B Kartografi kelak.
PULAU INDAH, 21 OGOS 21 - Majlis Kenaikan Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM bagi Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan unit bawah naungan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan di Ruang Legar Bangunan Pentadbiran pada 20 Ogos 21. Tahniah diucapkan dan semoga lebih cemerlang demi perkhidmatan. Sedia Berkorban!
Hubungi Kami
Pusat Hidrografi Nasional Bandar Armada Putra,
|
Telephone Kaunter Jualan Carta Isnin - Jumaat |
Pengunjung
Hari ini 113
Mingguan 1183
Bulanan 5173
Keseluruhan 238396