Top Ad

 

MESYUARAT JAWATANKUASA HIDROGRAFI NEGARA KE-26 DI WISMA SERI BAYU, KD SULTAN ISMAIL

 

TANJUNG PENGELIH, 7 Nov 19 -  Mesyuarat Jawatankuasa Hidrografi Negara (JHN) Ke-26 telah berlangsung pada 7 Nov 19 pagi di Wisma Seri Bayu, KD SULTAN ISMAIL, Tanjung Pengelih, Johor.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi dan turut dihadiri oleh 12 Agensi Awam, 3 Agensi Swasta dan 2 Institut Pengajian Tinggi Awam. 

Mesyuarat JHN ini adalah sebagai satu platform yang mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang hidrografi dan menyatukan komuniti yang aktif dengan hidrografi di bawah satu badan yang bermandat. Berdasarkan rekod, JHN telah ditubuhkan pada tahun 1987. Dengan wujudnya JHN ini, kerjasama perkongsian data dan aktiviti-aktiviti di antara agensi yang berkepentingan dalam hidrografi khususnya dan maritim amnya dapat diselaraskan dengan baik.

Mesyuarat selesai pada jam 1700H petang dan seterusnya ahli mesyuarat telah diraikan dengan majlis Ramah Mesra di Wisma Seri Bayu, KD SULTAN ISMAIL. Ahli mesyuarat turut diberi peluang melawat Pangkalan Maritim Abu Bakar pada keesokan harinya iaitu sebuah pangkalan milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terletak di Batuan Tengah. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada perwakilan JHN tentang kepentingan pangkalan tersebut yang berperanan mengawal kedaulatan wilayah laut negara. Secara amnya, mesyuarat kali ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan.

 

Pendaftaran Kehadiran Ahli Mesyuarat

 

Gambar Berkumpulan Ahli Mesyuarat JHN

 

Mesyuarat JHN sedang berlangsung

 

Penyampaian cendera hati kepada Pegawai Memerintah Pangkalan Maritim Abu Bakar


Makan malam MJHN Ke-26

Penyampaian cendera hati kepada salah seorang peserta MJHN

 

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 96

Mingguan 1004

Bulanan 3549

Keseluruhan 236772