Top Ad

 

MAJLIS 3 DALAM 1

PULAU INDAH, 9 JAN 20 - Majlis Pemakaian Pangkat, Penyampaian Sijil Anugerah Kualiti Penggal Keempat dan Penyampaian Sijil Penghargaan Program Body Mass Index (BMI) bagi Warga Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada 9 Jan 2020.

Majlis didahului dengan Majlis Pemakaian Pangkat dan seramai 7 anggota PTPI telah dinaikkan pangkat iaitu:
1) PW I PRL Mohd Zainuddin bin Ibrahim.
2) PW I HDI Mohd Suhaimi bin Mustafha.
3) PW II HDI Zakaria bin Awang.
4) PW II HDI Riduan bin Sojod.
5) BM PAP (GI) Mohd Shamsul bin Yahya.
6) BM PNK Norlida binti Hj. Ab. Hamid.
7) LK TNL Abdul Hakim bin Samsudin.

Bagi penyampaian Sijil Anugerah Kualiti Suku Tahun Keempat, Lt Kdr Mohammad Azmi bin Rosdee TLDM telah dipilih bagi Kategori Pegawai manakala BK HDI Amir bin Idris bagi Kategori Bintara dan Kategori Laskar Kanan ke Bawah, LK PWP Muhammad Hilman bin Awang Hamat telah terpilih.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan Program BMI kepada 3 x anggota yang telah menunjukkan penurunan BMI setelah mengikuti Program BMI anjuran KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS). Sijil telah disampaikan kepada BK HDI Zakaria bin Awang, LK HDI Mohd Azuar bin Hashim dan LK HDI Mohd Khairul Azhar bin Ahmad Zuki. Syabas dan tahniah diucapkan.

Anggota yang dinaikkan pangkat bergambar bersama Ketua Pengarah Hidrografi

Penerima Anugerah Kualiti Penggal Keempat 2019

Penerima Sijil Program BMI

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 235

Mingguan 643

Bulanan 4633

Keseluruhan 237856