Top Ad

 

MAJLIS REQUEST PLEASURE OF YOUR COMPANY (RPC) KD PERANTAU

PULAU INDAH, 13 JAN 20 – Majlis Request Pleasure of Your Company (RPC) telah diadakan di Geladak Bendera KD PERANTAU pada hari ini. Majlis ini merupakan satu aktiviti sosial yang sangat sinonim dengan TLDM di mana dapat memberi peluang kepada para pegawai berinteraksi serta beramah mesra antara satu sama lain. Seramai 30 pegawai dari Pusat Hidrografi Nasional dan KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH telah hadir di majlis ini. Majlis RPC ini merupakan majlis yang pertama kalinya dianjurkan oleh KD PERANTAU pada tahun ini. 

 

 Ucapan oleh Yang Berbahagia Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said, Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi

Turut hadir di majlis pada hari ini adalah Yang Berbahagia Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said, Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi. Dalam ucapannya, beliau memberi pesanan agar sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain disamping belajar dari kesilapan yang lepas dalam membentuk personaliti seseorang individu. Selain itu, beliau juga menyampaikan amanat kepada semua pegawai supaya sentiasa menjaga kebajikan anggota kapal dari pelbagai aspek, contohnya dari aspek keselamatan, kesihatan dan lain-lain. Diharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang, seterusnya memberi impak positif dalam mengukuhkan keharmonian organisasi pegawai hidrografi khususnya dan organisasi pegawai TLDM amnya. 

 

Interaksi di antara Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi dan pegawai- pegawai sepanjang majlis berlangsung

 

Sesi Interkasi di antara pegawai yang hadir

 

Welcoming remarks oleh Pegawai Memerintah KD PERANTAU

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6011-65566803

Fax
+603-31013111

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 57

Mingguan 928

Bulanan 6548

Keseluruhan 232821