PULAU INDAH, 7 MEI 21 - Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) pada 7 Mei dan seterusnya berbuka puasa bersama-sama warga Pangkalan bertempat di Wisma Laskar PTPI. Seramai 44 Pegawai dan Anggota telah terlibat dengan Tadarus Al-Quran bermula 1 Ramadan 1442H. Semoga Ramadan kali ini dipenuhi keberkatan.