National Hydrographic Centre Echo Sounding Sea bed Santubong Seamount

National Hydrographic Centre

Echo Sounding

Sea bed

Santubong Seamount

Info Terkini

PULAU INDAH, 18 Mei 22 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KDSAAS) di antara Kdr Haniyusman bin Osman TLDM dan Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.  Mantan Pegawai Memerintah KDSAAS iaitu Kdr Haniyusman bin Osman TLDM akan bertukar keluar ke KD MALAYA dan seterusnya menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia dan Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM akan meneruskan legasi pemerintahan yang baharu selaku Pegawai Memerintah KDSAAS yang ke-8.  Kdr Haniyusman bin Osman TLDM, Pegawai Memerintah KDSAAS yang ke-7 telah memegang tampuk pimpinan selama 1 tahun 2 bulan dan 16 hari mulai 13 Mac 2021 hingga 18 Mei 2022.
 
 
PULAU INDAH, 2 Mei 22 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri khas bagi pegawai dan anggota yang bertugas di pagi 1 syawal telah dilaksanakan di Wisma Laskar, Pangkalan TLDM Pulau Indah seusai Solat Sunat Aidilfitri.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan diiringi oleh Pengarah Geospatial, Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM.

PULAU INDAH, 25 Apr 22 - Majlis Penyerahan Beg dan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada warga #NavyPeople Pusat Hidrografi Nasional yang akan bertugas pada 1 Syawal 1443H. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.  Semoga dengan sedikit manisan ini dapat menyerikan pagi Syawal mereka yang sedang bertugas. Sedia Berkorban!

PULAU INDAH, 21 Apr 22 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional sekali lagi berhimpun di Wisma Laskar dalam Majlis Khatam Al-Quran Tahun 2022. Majlis diadakan bermula jam 0900H dan disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Seramai 45 peserta tadarus pada kali ini terdiri dari kalangan pegawai dan anggota termasuk kakitangan awam berjaya menamatkan bacaan al-Quran 30 juzu’ secara berkumpulan. Semoga al-Quran terus-menerus menjadi rakan akrab kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

PULAU INDAH, 18 Apr 22 - Majlis Iftar Ramadhan Wisma Indah 2022 telah jayanya berlangsung pada 18 April 2022 bertempat di Wisma Indah, Pusat Hidrografi Nasional.  Majlis iftar ini dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Wisma bersama keluarga dan YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan selaku Penaung Wisma Indah serta Datin Nor Hayati binti Abdullah turut hadir bagi menyerikan majlis.  Majlis diadakan sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim di antara Ahli Wisma Indah dan keluarga selepas majlis seumpama tidak dapat dianjurkan selama 2 tahun disebabkan oleh Pandemik COVID-19 yang melanda.

 

 PULAU INDAH, 7 Apr 22 - Warga #NavyPeople dari Pangkalan TLDM Pulau Indah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih sempena Hari Ulang Tahun TLDM ke-88 malam tadi. Majlis turut disertai oleh Ketua Pengarah Hidrografi Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan dan isteri Datin Nor Hayati binti Abdullah serta seluruh warga pangkalan dan keluarga.

PULAU INDAH, 2 APR 2022 - Mesyuarat Tahunan BAKAT Laut Pusat 2022 yang diadakan pada 2 April 2022 telah berlangsung secara live streaming di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional melibatkan 29 ahli BAKAT PHN, KD SAAS dan KDSK.

Mesyuarat membincangkan tentang penstrukturan semula organisasi BAKAT Laut serta pembentangan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 yang merangkumi aktiviti kebajikan, aktiviti sukan, aktiviti keagamaan, aktiviti masakan, aktiviti kerjatangan dan aktiviti sosial. PHN turut berbesar hati dapat menyantuni ahli BAKAT yang hadir dengan sedikit jamuan makan sejurus selesai mesyuarat tersebut.
 

PULAU INDAH, 31 MAC 2022 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional melaksanakan Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-88. Program telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah Hassan. Rekod baharu juga telah tercipta apabila 146 beg darah berjaya didermakan oleh warga PHN pada 31 Mac 22 bertempat di Wisma Bintara Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) dengan kerjasama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM). Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penderma yang prihatin untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama. “Be a hero, save a life.”

PULAU INDAH, 30 MAC 2022 - Program Ceramah Agama Bulanan bagi warga #NavyPeople Pusat Hidrografi Nasional telah diadakan di Wisma Laskar, Pangkalan TLDM Pulau Indah. Ceramah telah disampaikan oleh Lt Kol Ust. Abdul Jabar bin Yusof, Pegawai Staf 1 Agama Markas Tentera Laut.  Ceramah agama pada kali ini membawa tajuk "Ibrah Israq Mikraj & Marhaban Ya Ramadhan". 

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (QS. Al Baqarah: 183)

PULAU INDAH, 22 MAC 2022 - Pengauditan Pematuhan Kontrak Terhadap Perkhidmatan Sewaan Bot Tunda Awam di Tambatan Pangkalan Pulau Indah oleh Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA).

Tim Audit telah diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha Darat BADSA, Lt Kol Azizul Rahman bin Ghazali. Audit telah dilaksanakan pada 22 Mac 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Batimetri, Pusat Hidrografi Nasional.
Page 1 of 9

Program

Aplikasi Online

 

Penyataan

Paparan terbaik:
Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18
Resolusi 1024 x 768 piksel 


Hakcipta | Dasar & Privasi | Penafian

Analisis Pengunjung

Hari ini 144

Mingguan 144

Bulanan 2496

Keseluruhan 111017