Top Ad

 

Info Terkini

PULAU INDAH, 9 DIS 21 - 1 beg darah mampu selamatkan 3 nyawa. Pusat Hidrografi Nasional mencipta rekod baharu apabila 110 beg darah berjaya didermakan oleh warga PHN di dalam Program Derma Darah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH ke - 15 (HUT KDSAAS) pada 9 Dis 21 bertempat di Wisma Bintara Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) dengan kerjasama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM).

PULAU INDAH, 1 DIS 21 - Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON), Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melaksanakan lawatan rasmi ke Pusat Hidrografi Nasional pada 1 Dis 21. Delegasi diketuai oleh Pengarah Pusat Pengurusan Operasi Negara, Brig Jen Mohd Nazaruddin bin Mohd Nazir.

PULAU INDAH, 28 NOV 21 - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) mula menerbitkan Jadual Pasang Surut Malaysia (JPSM) secara komersial pada tahun 1986. JPSM telah mengalami evolusi sejajar dengan permintaan yang tinggi daripada komuniti maritim. Seiring dengan Revolusi Industri 4.0, PHN telah membuat transformasi JPSM kepada digital JPSM atau dikenali sebagai e-Tide. Mula dibangunkan pada akhir 2019 dengan menggunakan Visual Basic for Applications (VBA) dan telah diedarkan untuk ujicuba kepada kapal-kapal TLDM pada Mac 2020.

e-Tide merangkumi 70 pasang surut pelabuhan piawai dan 6 aliran pasang surut sepertimana yang di dalam JPSM. e-Tide berupaya untuk menjana data ramalan secara harian, mingguan atau bulanan tertakluk kepada keperluan pengguna dan bersifat lebih mesra pengguna.

PHN juga telah membuat inisiatif dengan melaksanakan kelas atas talian kepada warga TLDM bagi pendedahan awal dalam prosedur serta tatacara penggunaan e-Tide. Pada masa ini, e-Tide hanya akan digunakan pada peringkat TLDM dan akan dikomersialkan setelah ketersediaan aplikasi untuk pasaran.

PULAU INDAH, 19 NOV 21 - Kursus Pengedalian Sistem Sekunder Kapal (C006-0010) telah dilaksanakan pada 15 hingga 19 Nov 21 di Makmal Komputer Pusat Hidrografi Nasional. Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Kdr Mohd Khairunie Mohammed TLDM.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran anggota hidrografi di dalam pengendalian peralatan sekunder kapal yang merupakan peralatan sokongan semasa kerja-kerja pengukuran hidrografi dijalankan. Tahniah diucapkan.
 

PULAU INDAH, 19 NOV 21 - Navy People di Pusat Hidrografi Nasional (PHN) komited dalam melandaikan penularan COVID-19. Pengambilan vaksin dos penggalak dapat meningkatkan perlindungan yang optimum terhadap jangkitan COVID-19. Program Imunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK) Dos Penggalak PHN dan unit bawah naungan telah dilaksanakan dengan kerjasama PPAT REJ 311 TUDM JUGRA pada 19 Nov 21.

JOHOR BAHARU, 15 NOV 21 - Majlis Perasmian Kursus Hydrography and Marine Technology Programme (UTM HYDRO III) telah disempurnakan oleh YBrs. Sr. Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Majlis dilaksanakan secara dalam talian melalui platform CISCO WEBEX.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, tenaga pengajar dari UTM serta peserta kursus. Program ini merupakan kolaborasi antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) & PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Lembaga Jurukur Tanah (LJT) dan Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA). Kursus ini dilaksanakan bermula dari 3 Oktober 21 hingga 11 Nov 22 dan diiktiraf sebagai Kategori A Hidrografi (CAT A Hydro) oleh FIG/IHO/ICA. Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta yang terpilih untuk mengikuti pengajian.
 

PULAU INDAH, 12 NOV 21 - Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil Kesyukuran Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) telah dilaksanakan pada 12 Nov 21 di pagi jumaat yang penuh barakah. Majlis ini dilaksanakan bagi memupuk rohani warga PTPI untuk sentiasa rasa bersyukur kepada Allah SWT dan memohon kebaikan di dalam kehidupan serta mendoakan kesejahteraan Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato Hanafiah bin Hassan.

PUTRAJAYA, 11 NOV 21 - Mesyuarat Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) Ke-72 telah berlangsung pada 10 dan 11 November 2021 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I (JUPEM). Pusat hidrografi Nasional (PHN) telah diwakili oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada wakil-wakil dari kementerian, jabatan, agensi dan institusi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pemetaan dan data spatial negara. Setiap agensi memberi perkongsian berkenaan status data dan infrastruktur yang dibangunkan, diikuti dengan sesi perbincangan halatuju dan penyelarasan aktiviti tahunan. Kerjasama aktiviti pemetaan dan data spatial negara perlu diperkasa melalui metodologi dan teknologi terkini, selari dengan tema pendigitalan negara di bawah RMK ke-12.
 

PULAU INDAH, 29 OKT 21 - Cawangan Pencartaan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah melaksanakan Kursus Asas Kartografi ataupun lebih dikenali sebagai Kursus Kategori C Kartografi mulai 18 hingga 29 Okt 21. Kursus ini telah dilaksanakan di Bilik Latihan Kartografi PHN. Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal Pelukis Carta terhadap kaedah dan piawaian terkini yang telah ditetapkan oleh International Hydrographic Organisation (IHO) dan International Cartographic Association (ICA) dalam kerja-kerja penerbitan carta serta produk nautika. Kursus ini juga adalah prasyarat bagi melayakkan peserta untuk menghadiri Kursus Kategori B Kartografi kelak.

Kursus ini telah dilaksanakan dengan berpandukan silibus yang telah dibangunkan oleh East Asia Hydrographic Commission (EAHC). Seramai 3 pegawai berkepakaran Hidrografi telah berjaya menamatkan kursus ini iaitu Lt Noor Ashraf bin Shaari TLDM, Lt Muhammad Hafidzuddin bin Mohd Norzalan TLDM dan Lt Mohamad Sufi bin Mohamad Noor TLDM. Majlis Penyampaian sijil penyertaan kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Geospatial, Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM. Tahniah diucapkan.
 
 
 

PULAU INDAH, 21 OGOS 21 - Majlis Kenaikan Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM bagi Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan unit bawah naungan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan di Ruang Legar Bangunan Pentadbiran pada 20 Ogos 21. Tahniah diucapkan dan semoga lebih cemerlang demi perkhidmatan. Sedia Berkorban!

 

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 202

Mingguan 845

Bulanan 4835

Keseluruhan 238058