Top Ad

 

Info Terkini

PULAU INDAH, 17 Dis 22 - Sambutan Hari Keluarga bagi Pusat Hidrografi Nasional serta Hari Ulang Tahun KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH ke-16 telah dilaksanakan dengan jayanya.  Majlis dimeriahkan dengan kehadiran seluruh warga pangkalan bersama keluarga dan turut diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan serta Datin Nor Hayati binti Abdullah. Majlis telah dimulakan dengan perasmian Monumen Tanda Aras TLDM No.58 dan Jam Matahari Pusat Hidrografi Nasional oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.  Pelbagai permainan turut disediakan kepada semua yang hadir bagi merapatkan ukhuwah dan kemesraan sesama warga dan keluarga. Majlis menjadi lebih istimewa buat kanak-kanak apabila pelbagai permainan outdoor disediakan seperti Soopa Doopa, funride scooter, bubble balloon dan pemberian belon hiasan oleh badut yang hadir.  Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi setiap permainan dan cabutan bertuah yang dilaksanakan.  Terima kasih juga diucapkan kepada barisan AJK bagi Sambutan Hari Keluarga yang diketuai oleh Ketua Pegawai Staf Rancang dan barisan AJK yang memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan hari yang penuh bermakna buat seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional dan keluarga.
 
 
 
 
 
PULAU INDAH, 14 Dis 22 - Tahniah diucapkan kepada LK I TMS Muhammad Asraf bin Rosli yang muncul pemenang tempat pertama bagi pertandingan memancing dalam Pertandingan Memancing Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH ke-16. Anggota ini berjaya menaikkan ikan tebal pipi dengan berat 1.925 kilogram.  Pertandingan memancing ini adalah antara salah satu aktiviti yang diadakan sempena sambutan Hari Ulang Tahun KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH ke-16. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM.
 
 
PULAU INDAH, 9 Dis 22 - Majlis Malam Ramah Mesra sempena Bengkel Pegawai Hidrografi 2022 telah dilaksanakan di Wisma Indah, Pusat Hidrografi Nasional pada malam ini. Majlis ini diadakan bagi merapatkan hubungan di kalangan pegawai terutamanya kepada pegawai dari unit luar PHN. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan serta seluruh ahli Wisma Indah.
 
 
 
PULAU INDAH, 30 Nov 22 -Majlis Penutup Hydrographic Field Survey Project bagi Kursus Hidrografi UTM Hydro III FIG/IHO/ICA Kategori A - 2022. Majlis dimulakan dengan pembentangan projek akhir oleh penuntut kursus disusuli dengan Majlis Request Pleasure of Company (RPC) di Wisma Indah. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.  Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus di atas kejayaan menamatkan modul dengan jayanya. Semoga ilmu yang ditimba dapat digunakan dengan sebaik-baiknya di masa hadapan.
 
 
PULAU INDAH, 30 Nov 22 - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah berjaya mengkoordinasikan Kursus Sistem Pengurusan Aset (SPA) TLDM pada 29 hingga 30 Nov 22 bagi Pegawai dan anggota LLP yang terlibat dengan Pengurusan Aset Kerajaan di PHN dan Unit Bawah Naungan (UBN). Kursus selama 2 hari ini turut dijayakan dengan bantuan tenaga pengajar yang berpengalaman dari Cawangan Pengurusan Aset, Bahagian Materiel, Markas Tentera Laut.  Objektif pelaksanaan kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman peserta dalam aspek pengurusan aset selaras dengan prosedur dan tatacara Pengurusan Aset Kerajaan. Kursus ini juga melatih peserta agar dapat mengendalikan SPA TLDM dengan lebih baik dan efisien.  Syabas diucapkan kepada semua peserta kerana telah menamatkan kursus dengan jayanya. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat digunakan dengan sebaik-baiknya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan Aset Kerajaan di peringkat PHN.
 
 
PULAU INDAH, 9 Dis 22 - Bengkel Pegawai Hidrografi bagi tahun 2022 (BPH22) telah dilaksanakan di Pusat Hidrografi Nasional bermula pada 8 hingga 9 Disember 2022. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Perlaksanaan BPH22 ini merupakan platform untuk mengadakan sesi perbincangan, percambahan minda, pembangunan modal insan dan interaksi berkesan di kalangan peserta, terutamanya dari unit luar PHN bagi tujuan sumbang saran, berkongsi pandangan dan idea baharu dalam menambah baik tadbir urus organisasi hidrografi TLDM.
 

PULAU INDAH, 10 Nov 22 - Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dan penyampaian Anugerah Kualiti Suku Tahun Ketiga 2022 telah dilaksanakan di Wisma Laskar, Pangkalan TLDM Pulau Indah. Seramai 23 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dengan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM. Tahniah diucapkan kepada kesemua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.

 

 

PULAU INDAH, 6 Okt 22 - Kunjungan Hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan oleh Mantan Inspektor Jeneral TLDM, Laksamana Muda Dato’ Chan Peng Cheong pada pagi ini. Mantan Inspektor Jeneral TLDM kini dalam siri kunjungan hormat ke atas tampuk pemerintahan utama TLDM sempena persaraan beliau dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia tidak lama lagi.

  

 

PULAU INDAH, 7 Okt 22 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional telah melaksanakan aktiviti senamrobik dan fun run sejauh 3km pada pagi ini bagi menyahut #HSN2022 pada kali ini. Aktiviti ini melibatkan seluruh warga PHN dan unit-unit di bawah naungan. Terdahulu, acara pada pagi ini telah dimulai dengan penyampaian hadiah bagi aktiviti sukan menembak yang telah dilaksanakan pada bulan Ogos 2022. Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah KD SAAS, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM. Ayuh kekalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti sukan serta riadah yang baik untuk kesihatan.

  

 

PULAU INDAH, 23 Sep 22 - Majlis Meraikan Pegawai Bersara, Bertukar Keluar dan Masuk telah berjaya dilaksanakan di Wisma Indah, Pusat Hidrografi Nasional. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.  Majlis tersebut adalah bertujuan menghargai dan meraikan pegawai yang bakal bersara daripada perkhidmatan TLDM iaitu Kdr Kamaruddin bin Yusoff TLDM dan Kdr Haniyusman bin Osman TLDM. Seramai 5 orang pegawai bertukar keluar dan 6 orang pegawai bertukar masuk turut bersama diraikan dalam majlis tersebut.  YBhg Ketua Pengarah Hidrografi juga telah berbesar hati menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 bagi pegawai PHN dan unit bawah naungan, penyampaian Sijil Pelantikan Ahli Jawatankuasa Wisma Indah dan menandatangani Buku Scrab Wisma Indah yang mengumpulkan gambar-gambar memori melalui aktiviti yang telah dilaksanakan.  Ahli Wisma Indah mengucapkan selamat bersara dan maju jaya kepada pegawai yang akan bersara dan bertukar keluar serta selamat datang ke Pusat Hidrografi Nasional bagi pegawai yang baru bertukar masuk.

  

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6011-65566803

Fax
+603-31013111

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 184

Mingguan 837

Bulanan 6457

Keseluruhan 232730