Top Ad

Pembayaran Mess Bill WI boleh dilakukan secara atas talian ke akaun bank seperti berikut:

Bank: Affin Bank.

No Akaun: 105070006434.

Nama: Tabung Wisma Indah, PHN.

Mohon emailkan resit pembayaran kepada Email Rasmi WI This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan WhatsApp kepada Lt Muhammad Fitri bin Abdul Patah TLDM di talian 019-2424194 sebagai bukti pembayaran.

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Lt Muhammad Fitri bin Abdul Patah TLDM (Bendahari Wisma Indah)

Klik butang di bawah untuk semak baki pembayaran.

 

Pusat Hidrografi Nasional bertanggungjawap untuk menerbitkan carta nautika yang berkualiti tinggi mengikut piawaian dan spesifikasi antarabangsa. Ianya merupakan satu kemestian bagi menjamin ketepatan maklumat di dalam usaha untuk mencapai kesalahan sifar serta menguasai teknologi terkini  agar perkhidmatan yang ditawarkan dan produk yang diterbitkan memenuhi keperluan pelanggan.

Maka dengan ini PHN berjanji:

  • Menyediakan perkhidmatan dan produk hidrografi yang menyeluruh untuk tujuan pertahanan, Industri maritim dalam luar Negara melalui :
  • Pengukuran Hidrografi sehingga 20,000 km persegi setahun
  • Menerbitkan 6 carta Nautika dan Carta Elektronik setahun
  • Menerbitkan Jadual Pasang Surut pada setiap tahun
  • Menggunakan sumber secara berkesan melalui pengurusan peruntukan Belanja Mengurus yang optimum. (>90%)
  • Mempertingkat keberkesanan maklumat hidrografi bagi memastikan keselamatan pelayaran dan menyokong Industri maritime Negara. (>90%)
  • Meningkatkan keupayaan hidrografi melalui Inisiatif perolehan, penyewaan dan proses senggaraan yang berterusan. (>90%)
  • Pematuhan kepada polisi dan prosedur tadbir urus yang melibatkan aspek intergriti, displin dan imej perkhidmatan dengan memastikan
  • Kes salah laku, intergriti dan pelanggaran displin tidak melebihi 2 kes setahun
  • Nisbah laporan media positif melebihi 2 : 1 berbanding laporan negative 
  • Meningkat dan memperluaskan kerjasama hidrografi melalui aktiviti dua hala dan pelbagai hala. (100%)
  • Melahirkan warga hidrografi yang berketerampilan, berpengetahuan, berkemahiran dan didorong oleh nilai-nilai teras yang berupaya menyumbang kepada kesiagaan operasi
  • Memperkasakan budaya kecemerlangan di kalangan warga PHN bagi meningkatkan pengiktirafan dalaman dan luaran, meningkatkan keberkesanan dan kecekapan organisasi melalui pendekatan kreatif dan inovasi. (>90%)

Piagam Pelanggan Pusat Hidrografi Nasional merupakan komitmen warga hidrografi terhadap keperluan penyampaian perkhidmatan dan produk kepada pelanggan melalui pendekatan yang terbuka, jelas dan telus. Ia juga merupakan satu jaminan terhadap tahap kualiti perkhidmatan dan produk yang di janjikan.

 

 

 

 

LAKSAMANA MUDA (B) DATO’ FADZILAH BIN MOHD SALLEH

PSAT DSDK PAT JSM KAT KMN BCK PJM PPS PPA MSc So (UKM) Dip PSP (UM) psc

 

Laksamana Muda (B) Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh dilahirkan pada 16 Sep 1958 dan merupakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 16 Sep 1976 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD MUTIARA, KD PERANTAU dan DSTLDM SG NYIOR sebagai Pegawai Navigasi dan Pegawai Laksana sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau didalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B di Australia pada 27 Nov 1981.

Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Muda (B) Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD PERANTAU, Pengarah Hidrografi dan Oseanografi , Pegawai Penyelidik di Pejabat Peguam Negara, Pegawai Staf 1 Pengurusan Bawah Air dan Asisstant Ketua Staf Operasi dan Eksesais Markas Tentera Laut. Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Muda (B) Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 6 Nov 2001.

Laksamana Muda (B) Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 13 Jan 2017 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-6. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1 Apr 2018.

 

 

 

 

LAKSAMANA MUDA (B) DATO’ PAHLAWAN ZAAIM BIN HASAN

PSAT DPTS PAT JSM SMS KAT KMN AMN PJM PPS PPA FIMarEST MSc Dip PSP psc

 

Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan dilahirkan pada 7 Jul 1960 dan merupakan anak Bagan Datoh, Perak. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 5 Jan 1981 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD SRI KELANTAN, KD MUTIARA, KD PERANTAU dan KTD PENYU sebagai Pegawai Navigasi, Pegawai Laksana sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau di dalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B di Kanada pada 19 Jun 1989.

Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD MUTIARA, Pengarah Hidrografi. Selain daripada itu, Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan juga turut terlibat dengan persidangan peringkat antarabangsa seperti Extraordinary International Hydrographic Conference (EIHC) dan East Asian Hydrographic Commission (EAHC). Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan  telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 25 Okt 2001.

Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 25 Okt 2001 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-5. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 14 Jan 2017.

Program

Aplikasi Online

 
 
 

Waktu Operasi


Waktu operasi PHN adalah seperti berikut:

Isnin - Jumaat

8:00AM - 5.00PM

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

Telephone

+603-31694555

Fax

+603-31013111


Penafian

Kerajaan Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Pusat Hidrografi Nasional adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pengunaan mana-mana maklumat yang diperoleh dari portal ini

Paparan terbaik:
Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18
Resolusi 1024 x 768 piksel 


Hakcipta | Dasar & Privasi | Penafian


Capaian Pantas

              

Analisa Pengunjung

Hari ini 66

Mingguan 1007

Bulanan 494

Keseluruhan 141847

Waktu Solat (JAKIM)

Kuala Lumpur (sblm 1974),Klang,Kuala Langat
10 Jamadil Awal 1444
05:43
Imsak
05:53
Subuh
07:04
Syuruk
13:07
Zohor
16:30
Asar
19:04
Maghrib
20:19
Isyak