Bot Hidrografi

Bot Hidrografi



 

 

 

Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah memperoleh 2 buah Bot Hidrografi (BH1 dan BH2) untuk digunakan bagi aktiviti pengukuran hidrografi persisir pantai. Bot Hidrografi ini telah dibina oleh MSET SHIPBUIDING CORPORATION SDN. BHD. di Limbungan MSET, Kuala Terengganu. BH1 telah siap dibina pada 12 Sep 2005 manakala BH2 pula pada 18 Mac 2009.

Dimensi panjang keseluruhan bot ini adalah 16.0 meter, lebar 4.45 meter dan kedalaman draft 1.50 meter. Bot ini mampu menampung sehingga 10 anggota dengan kapasiti minyak diesel sehingga 3280 liter dan air tawar sehingga 1000 liter serta sesaran penuh sehingga 24 tan. Ianya turut dilengkapkan dengan 2 buah enjin jenis CUMMINS 6CTA8.3-M (SW), 2 unit kotak gear ZF 285A, 2 unit fixed pitch propeller jenis 4 bilah yang dibuat daripada Marine Nickel Aluminium Bronze, sistem kemudi TELEFEX HYDRAULIC jenis Sea Star 1275 V dan 2 buah janakuasa jenis DAEWOO AD034.

Pengunaan Bot Hidrografi ini telah dianggap sebagai salah satu cara yang sesuai untuk meningkatkan keupayaan PHN dalam menjalankan tugasan hidrografi terutamanya di kawasan pantai, sungai dan pelabuhan. BH1 telah ditempatkan di Pangkalan TLDM Pulau Indah manakala BH2 pula ditempatkan di KD SRI SANDAKAN.
Selain daripada tugas operasi untuk memberi sokongan dan menjalankan aktiviti penukuran hidrografi di dalam kawasan cetek termasuk pengukuran pelabuhan dan sungai, Bot Hidrografi juga merupakan platform bot latihan bagi anggota hidrografi untuk mempelajari sistem dan kerja-kerja pengukuran di laut.

CIRI – CIRI BOT

  • Panjang 16.00m
  • Lebar 4.45m
  • Kedalaman 1.5m
  • Berat 24 ton (Full Load)
  • Kelajuan Maksimum 15 knot
  • Navigasi Radar – Furuno FR-1715
  • Gyrocompass – TSS INT. Meridian
  • Gyrocompass Digital Repeater- TSS INT. Meridian
  • GPS – Furuno GP-32
  • Magnetic Compass – Danforth A142

SISTEM PENGUKURAN

  • Multibeam Echo Sounder System - Kongsberg EM2040P
  • Positioning System – Seapath 130
  • Sound Velocity Profiller – AML Minos X
  • Hydrographic Data Acquisition and Processing System – SIS 5 and CARIS HIPS and SIPS 11.4




 
 
 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+603-31694555

Fax
+603-31013111

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 


 

 

 

Paparan terbaik:
Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18
Resolusi 1024 x 768 piksel 


Hakcipta | Dasar & Privasi | Penafian 

 

Pengunjung

Hari ini 121

Mingguan 847

Bulanan 484

Keseluruhan 152382