PULAU INDAH. 19 DIS 2025- SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KDSAAS) KE-19. KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KDSAAS) telah meraikan 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 (𝐇𝐔𝐓) 𝐤𝐞-𝟏𝟗 pada 𝟏𝟗 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 dengan penuh semangat, kebersamaan dan rasa kesyukuran.Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sempena sambutan ini, antaranya 𝐔𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐦𝐛𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐧𝐣𝐚𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥, 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐃𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐌𝐢𝐧𝐢 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝟑 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐮𝐫𝐮 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐖𝐢𝐬𝐦𝐚 yang merangkumi acara 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐓𝐚𝐥𝐢, 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐓𝐚𝐦𝐩𝐚𝐫, 𝐁𝐚𝐝𝐦𝐢𝐧𝐭𝐨𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐢𝐧𝐠. Turut diadakan ialah 𝐂𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐇𝐔𝐓 𝐊𝐃𝐒𝐀𝐀𝐒 𝐤𝐞-𝟏𝟗 serta 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐫𝐨𝐡𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 yang melibatkan Majlis Doa Selamat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Bicara Ilmu, sebagai tanda kesyukuran serta usaha memperkukuh nilai spiritual dan kebersamaan warga Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI). Kemuncak sambutan adalah Majlis Makan Malam Sempena HUT KDSAAS ke-19, yang menyaksikan penyampaian hadiah dan piala pusingan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, dan diiringi oleh Pegawai Memerintah KDSAAS, Kdr Ts. Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM. Tahniah diucapkan kepada Wisma Indah dan Wisma Laskar, Juara Keseluruhan Bersama Tahun 2025 Karnival Sukan Tiga Penjuru Sempena HUT KDSAAS ke-19. Selamat Hari Ulang Tahun ke-19 KDSAAS!




xx











