|

Malay English

RAMADAN BULAN KASIH SAYANG, BULAN KEBAJIKAN DAN BULAN DOA

KUALA LUMPUR, 19 FEB 2026- RAMADAN BULAN KASIH SAYANG, BULAN KEBAJIKAN DAN BULAN DOA. 1 Ramadan 1447H bersamaan 19 Februari 2026 menyingkap tirai bulan penuh kemuliaan apabila Pusat Hidrografi Nasional (PHN) menzahirkan nawaitu murni melalui pelaksanaan lawatan kebajikan ke atas veteran hidrografi, Komander Abdul Halim bin Mohd Ashaari TLDM (Bersara). Pegawai kini dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan sejak 16 Feb 2026 yang lalu. Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pengarah Hidrografi bersama Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi ini menjadi simbol keprihatinan dan sokongan moral warga PHN terhadap veteran hidrografi. Sesungguhnya, Ramadan menuntun kita agar amalan kebajikan yang ikhlas menjadi jalan memperkukuh ukhuwah dan menzahirkan rasa syukur. Semoga Komander Abdul Halim bin Mohd Ashaari TLDM (Bersara) dikurniakan kesembuhan segera, kekuatan jiwa yang berpanjangan, serta ketenangan buat keluarga tercinta. Moga keberkatan Ramadan ini membawa rahmat dan ukhuwah yang mendekatkan kita semua kepada Sang Pencipta. Amin.

Download AQOJPmmiD4wdR2FuV2PTMuuXKBCp04R8JvZLPjK0qpx1tce4KjYZtqG02rP3sCeDnv7nrufa18vohJl5wglHCPmI3qFJum_ZtSekNB4Kig

 

MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA KEPAKARAN HIDROGRAFI,PENGANUGERAHAN SIJIL KENAIKAN GRED HIDROGRAFI SERTA ANUGERAH KREATIF DAN BERKUALITI KATEGORI PEGAWAI, BINTARA DAN LASKAR BAGI PENGGAL KEDUA TAHUN 2025

PULAU INDAH, 12 FEB 2026- MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA KEPAKARAN HIDROGRAFI,PENGANUGERAHAN SIJIL KENAIKAN GRED HIDROGRAFI SERTA  ANUGERAH KREATIF DAN BERKUALITI KATEGORI PEGAWAI, BINTARA DAN LASKAR BAGI PENGGAL KEDUA TAHUN 2025. Majlis Pemakaian Lencana Kepakaran Hidrografi, Penganugerahan Sijil Kenaikan Gred Hidrografi serta Anugerah Kreatif dan Berkualiti Kategori Pegawai, Bintara dan Laskar PHN bagi Penggal Kedua Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Februari 2026 bertempat di Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said sebagai manifestasi pengiktirafan tertinggi terhadap profesionalisme, kepakaran dan sumbangan warga hidrografi dalam menyokong keselamatan pelayaran, pertahanan maritim serta pembangunan negara. Seramai 4 pegawai telah dianugerahkan lencana kepakaran hidrografi manakala 9 pegawai menerima sijil kenaikan gred hidrografi selaras dengan tahap kompetensi dan piawaian hidrografi yang ditetapkan. Majlis ini turut meraikan pegawai dan anggota yang telah menunjukkan kecemerlangan melalui penerimaan anugerah kreatif dan berkualiti bagi penggal kedua tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap inisiatif, inovasi serta budaya penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan. Pemakaian lencana kepakaran hidrografi merupakan satu tradisi unggul dan simbol kebanggaan kepada para pegawai yang telah berjaya menamatkan kursus hidrografi kategori B sama ada di dalam atau luar negara seterusnya mencerminkan tahap kecekapan profesional yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas komitmen tidak berbelah bahagi, disiplin tinggi serta pencapaian cemerlang sepanjang perkhidmatan. Diharapkan penganugerahan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memperkukuh keupayaan hidrografi negara serta menyokong peranan PHN sebagai peneraju hidrografi nasional.

Download AQOAAC-8wrBhn2Y_MvtRlBW0EKXVwnwZKNdPhyCysOCIlVWtbdcIakJZKbjCQvrggynx_mfJ-cOcuuJ6Ali36ULd

 

MALAYSIA’S ACTIVE ROLE IN ADVANCING REGIONAL HYDROGRAPHY IN EAST ASIA

JAPAN, 9 FEB 2026- MALAYSIA’S ACTIVE ROLE IN ADVANCING REGIONAL HYDROGRAPHY IN EAST ASIA. 

EAHC Special Conference, 15th TRDC Board of Directors, 17th MSS-ENC Steering Committee & S-100 Technical Working Group

2–7 February 2026 | Tokyo, Japan

Malaysia, through the National Hydrographic Centre (NHC) of the Royal Malaysian Navy (RMN), participated actively in a series of high-level regional hydrographic engagements in Tokyo, Japan. These included the East Asia Hydrographic Commission (EAHC) Special Conference, the 15th Training, Research and Development Centre (TRDC) Board of Directors, the Technical Working Group on S-100, and the 17th Malacca and Singapore Straits Electronic Navigational Chart (MSS-ENC) Steering Committee. The Malaysian delegation was led by Honourable Rear Admiral Dr Najhan bin Md Said, Chief Hydrographer, demonstrating Malaysia's commitment to regional hydrographic cooperation, capacity building, and the advancement of safe navigation across East Asia. During the EAHC Special Conference, Malaysia as Chair of the Statutes Review Working Group, presented proposed amendments to the EAHC Statutes, reflecting the country's active leadership in strengthening the Commission's governance framework. Malaysia also participated fully in plenary discussions and acknowledged the leadership transition from Indonesia to China, with the Republic of Korea assuming the Vice Chairmanship for the next three-year term. The 15th TRDC Board of Directors meeting provided a platform for Malaysia to share updates on national and regional hydrographic training initiatives, propose enhancements to capacity building programmes, and endorse collaborative efforts for 2026. These discussions strengthened strategic links between member states in developing technical expertise and operational excellence. In the MSS-ENC Steering Committee and S-100 Technical Working Group meetings, Malaysia, as the outgoing MSS-ENC Coordinator, chaired the sessions before formally handing over the role to Singapore for 2026–2027. These meetings focused on enhancing cooperation among the littoral states of Malaysia, Singapore, and Indonesia, with Japan acting as the Administrator. Deliberations addressed electronic navigational chart coordination, adoption of S-100 standards and interoperability improvements to support safe and efficient navigation in the Malacca and Singapore Straits. Malaysia's active engagement underscores the country's strategic role in advancing hydrography, reinforcing regional maritime safety and promoting sustainable management of the seas. Participation by the NHC highlights Malaysia's continued commitment to international hydrographic collaboration, operational excellence, and regional leadership.

Download AQMZs11psphWFD5VUw7DKLGxho9gDbqBxt0sej0e0XgQ2CGzztb8fsWmfKTte8WySBf9Ffb65nBhsc2yKGoXSFf8fXNxKMB2aqPj8TedoHhMRg

KPH MEMACU TADBIR URUS MARIN GEOSPATIAL DI PENTAS ISGRSM TALK 2026

PULAU INDAH, 29 JAN 2026- KPH MEMACU TADBIR URUS MARIN GEOSPATIAL DI PENTAS ISGRSM TALK 2026 . Pusat Hidrografi Nasional (PHN) berbangga dengan pengiktirafan yang signifikan apabila Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, telah dijemput sebagai penceramah jemputan bagi IGRSM Talk Siri 1/2026. Program berprestij anjuran Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia (IGRSM) ini merupakan platform perkongsian ilmu di peringkat nasional, menghimpunkan komuniti profesional geospatial, pemain industri, serta agensi-agensi kerajaan untuk berdialog dan bertukar pandangan. Jemputan ini bukan sahaja mencerminkan pengiktirafan terhadap kepimpinan dan kepakaran Ketua Pengarah Hidrografi, malah turut mengukuhkan peranan strategik PHN dalam memperkasa tadbir urus geospatial marin negara, khususnya melalui pembangunan Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI). Dalam pembentangan beliau yang bertajuk “Building Malaysia’s Marine Spatial Data Infrastructure – A Coordinated Pathway to Smarter Maritime Governance”, Laksamana Muda Dr. Najhan telah berkongsi perspektif nasional yang mendalam mengenai hala tuju MSDI, cabaran semasa, serta keperluan penyelarasan merentas agensi. Ini adalah penting bagi memastikan pengurusan maritim negara yang lebih bersepadu, berkesan dan mampan demi kepentingan bersama. Sebagai agensi peneraju MSDI negara, PHN akan terus komited melaksanakan inisiatif di peringkat nasional dan memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 1

Mingguan 36

Bulanan 22

Keseluruhan 7697


© 2025 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)