Mengenalpasti skop serta rangka kerja penyelidikan dan pembanguanan (R&D) yang berpotensi bagi memenuhi aspirasi hidrografi negara.
Mewujudkan pangkalan data hidrografi selaras dengan keperluan Malaysia National Spatial Data infrastructure (NSDI) bagi memenuhi perkhidmatan perkongsian data hidrografi di Malaysia.
Mewujudkan mekanisme kerjasama yang efektif di kalangan ahli-ahli di mana projek, program dan aktiviti yang dirancang selari dengan rangka kerja hidrografi yang dibangunkan.
Mewujudkan mekanisme dialog yang efektif di kalangan ahli dalam menjalankan aktiviti-aktiviti hidrografi yang berkaitan untuk kepentingan bersama.
Membangunkan perkongsian pintar dalam pembangunan modal insan di kalangan ahli bagi mewujudkan kumpulan pakar bidang hidrografi di setiap agensi.