Top Ad

 

Notis Hakcipta dan Harta Intelek

 

Pusat Hidrografi Nasional (PHN) menghormati harta intelek dan mewajibkan setiap pengguna juga berbuat demikian. PHN akan dalam keadaan tertentu dan dengan budi bicara menghentikan akaun pengguna yang melanggar peraturan ini. Hakcipta Portal Rasmi PHN dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan PHN kecuali dinyatakan sebaliknya.

Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Pusat Hidrografi Nasional.

Produk-produk lain, logo dan syarikat atau organisasi yang tercatat di dalam portal ini adalah kepunyaan syarikat atau organisasi tersebut.

Sekiranya anda hendak menggunakan sebarang maklumat atau material yang anda dapati dari laman ini, anda hendaklah terlebih dahulu meminta kebenaran berbuat demikian dari kami.

Mengenalpasti skop serta rangka kerja penyelidikan dan pembanguanan (R&D) yang berpotensi bagi memenuhi aspirasi hidrografi negara.
Mewujudkan pangkalan data hidrografi selaras dengan keperluan Malaysia National Spatial Data infrastructure (NSDI) bagi memenuhi perkhidmatan perkongsian data hidrografi di Malaysia.
Mewujudkan mekanisme kerjasama yang efektif di kalangan ahli-ahli di mana projek, program dan aktiviti yang dirancang selari dengan rangka kerja hidrografi yang dibangunkan.
Mewujudkan mekanisme dialog yang efektif di kalangan ahli dalam menjalankan aktiviti-aktiviti hidrografi yang berkaitan untuk kepentingan bersama.
Membangunkan perkongsian pintar dalam pembangunan modal insan di kalangan ahli bagi mewujudkan kumpulan pakar bidang hidrografi di setiap agensi.

Jawatankuasa Hidrografi Negara (JHN) telah ditubuhkan pada tahun 1987 bagi mengkoordinasikan hal ehwal hidrografi dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Secara amnya, jawatankuasa ini dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan dan institut pengajian tinggi tempatan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti yang melibatkan bidang hidrografi. Keanggotaan JHN ini melibatkan agensi dan institusi pengajian seperti berikut:

  • Pusat Hidrografi Nasional.
  • Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
  • Pusat Geospatial Negara (PGN).
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
  • Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
  • Agensi Angkasa Malaysia (MySA).
  • Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
  • Jabatan Laut Malaysia.
  • Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah.
  • Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak.
  • Jabatan Perikanan Malaysia.
  • Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan Malaysia.
  • Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangssan Malaysia (NAHRIM).
  • Institut Sumber Marin Asia Tenggara
  • Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).
  • Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM).
  • Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
  • Malaysia Petrolium Management - PETRONAS.
  • Geomatic Department - PETRONAS.
  • Malaysia Shipowner's Association (MASA).

Secara umumnya, jawatankuasa ini memikul tanggungjawab yang besar sebagai pemangkin kepada pembangunan bidang hidrografi di Malaysia. Tanggungjawab ini merangkumi skop pembangunan teknologi hidrografi, pembangunan modal insan, keselamatan pelayaran, penerbitan produk nautika dan sebagainya. Peranan dan fungsi JHN adalah seperti berikut:

  • Memantau dan mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang hidrografi di Malaysia.
  • Menyelaras bagi mengelakkan pertindihan aktiviti hidrografi melalui kolaboratif strategik di kalangan agensi berkaitan hidrografi bagi tujuan perancangan dan pembangunan negara.
  • Mengusulkan dasar, polisi dan peraturan bersesuaian mengikuti keperluan bidang tugas untuk kelulusan Jemaah Menteri.
  • Mewakilkan PHN bagi kepentingan agensi-agensi kerajaan dalam forum dan mesyuarat berkaitan hidrografi di peringkat antarabangsa.
  • Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang perlu bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan.

 

 

Aktiviti Terkini

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Pulau Indah, 10 April 2024 - MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI khas bagi...

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KUALITI DAN PENYERAHAN BUNGKUSAN HARI RAYA AIDILFITRI

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KUALITI DAN PENYERAHAN BUNGKUSAN HARI...

PULAU INDAH, 4 APRIL 2024 - Majlis Penyampaiyan Anugerah Kualiti dan Penyerahan Bungkusan...

MAJLIS IFTAR RAMADHAN WISMA INDAH 2024

MAJLIS IFTAR RAMADHAN WISMA INDAH 2024

PUTRAJAYA, 2 APRIL 2024 - Majlis Iftar Ramadhan Wisma Indah 2024 telah berlangsung...

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PANGKALAN TLDM PULAU INDAH

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PANGKALAN TLDM PULAU INDAH

PULAU INDAH, 2 APRIL 2024 - Maksudnya: “Al-Quran ini sebuah kitab yang Kami...

MAJLIS BERBUKA PUASA, PROGRAM QIAMULLAIL DAN GEMPUR SUBUH PANGKALAN SIRI 1/24

MAJLIS BERBUKA PUASA, PROGRAM QIAMULLAIL DAN GEMPUR SUBUH...

PULAU INDAH, 22 MAC 2024 - Nabi S.A.W. bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam....

MAJLIS AMANAT PEGAWAI PENGAWAL, ANUGERAH ACCOUNTABILITY INDEX MONIORING SYSTEM ( AIMS ) DAN PUSAT TANGGUNGJAWAP ( PTJ ) TERBAIK TAHUN 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN

MAJLIS AMANAT PEGAWAI PENGAWAL, ANUGERAH ACCOUNTABILITY INDEX MONIORING...

KUALA LUMPUR, 20 MAC 24 - MAJLIS AMANAT PEGAWAI PENGAWAL, ANUGERAH ACCOUNTABILITY INDEX...

KURSUS HYDROGRAPHIC CODE OF PRACTICE FOR PORTS AND HARBOURS ( COP )

KURSUS HYDROGRAPHIC CODE OF PRACTICE FOR PORTS AND...

Pulau Indah, 8 FEB 2024 - Kursus Hydrographic Code of Practise for Port...

PENCAPAIAN AIMS 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN

PENCAPAIAN AIMS 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN

Kuala Lumpur, 27 FEB 2024 - PENCAPAIAN AIMS 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN. Ketua Setiausaha...

KUNJUNGAN HORMAT OLEH AKAUNTAN PASUKAN NAZIRAN BAHAGIAN AKAUNTAN KEMENTERIAN PERTAHANAN KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI

KUNJUNGAN HORMAT OLEH AKAUNTAN PASUKAN NAZIRAN BAHAGIAN AKAUNTAN...

Pulau Indah, 26 FEB 2024 - KUNJUNGAN HORMAT OLEH AKAUNTAN PASUKAN NAZIRAN BAHAGIAN...

CERAMAH AGAMA KHAS ANJURAN WISMA INDAH

CERAMAH AGAMA KHAS ANJURAN WISMA INDAH

Pulau Indah, 20 FEB 2024- Ceramah Agama Khas Anjuran Wisma Indah telah dilaksanakan...

LAWATAN KEBAJIKAN PENGARAH KANAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

LAWATAN KEBAJIKAN PENGARAH KANAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

Shah Alam, 20 FEB 2024 - YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’...

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

Pulau Indah, 19 FEB 2024 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi anggota Lain-lain Pangkat...

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE 57

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE 57

Pulau Indah, 15 FEB 2024 - SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE 57. Tanggal...

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

Pulau Indah, 9 FEB 2024 - Ceramah Israk Mikraj telah diadakan di Auditorium...

KUNJUNGAN HORMAT OLEH INSPEKTOR JENERAL TLDM KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI

KUNJUNGAN HORMAT OLEH INSPEKTOR JENERAL TLDM KE ATAS...

Pulau Indah, 1 FEB 2024 -Kunjungan hormat oleh Laksamana Muda Abdullah Sani bin...

REQUEST PLEASURE OF COMPANY ( RPC )

REQUEST PLEASURE OF COMPANY ( RPC )

Pulau Indah, 1 FEB 2024. Para pegawai dari Pusat Hidrografi Nasional dan KD...

JOHAN MANGKU NEGARA

JOHAN MANGKU NEGARA

Pulau Indah , 8 JAN 2024 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional...

MAJLIS PENUTUP HYDROGRAPHIC FIELD SURVEY PROJECT BAGI KURSUS UTM HYDRO III FIG/IHO/ICA CATEGORY A SESI 2023/2024

MAJLIS PENUTUP HYDROGRAPHIC FIELD SURVEY PROJECT BAGI KURSUS...

Pulau Indah, 4 JAN 2024 - Taklimat hasil pengukuran peserta kursus dan Majlis...

FACEBOOK RASMI

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 231

Mingguan 907

Bulanan 3452

Keseluruhan 236675