Top Ad

 

HARI TERBUKA PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL 2019

15 Apr - Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional 2019 (HTP 2019) telah melabuhkan tirainya secara rasmi semalam setelah dilaksanakan selama 2 hari mulai 13 hingga 14 April 2019. HTP 2019 kali ini merupakan penganjuran yang kedua selepas HTP 2012.

Kehadiran pengunjung amat memberangsangkan malah jauh melepasi sasaran 10,000 orang pengunjung yang berlandaskan kepada statistik rasmi semasa pelaksanaan HTP 2012. Kehadiran rasmi yang direkodkan bagi HTP 2019 adalah berjumlah 32,689 orang pengunjung dengan pecahan 10,968 orang pada hari pertama dan 21,731 orang pada hari kedua.

Kejayaan HTP 2019 tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak terutamanya Pucuk Pimpinan Tentera Laut Diraja Malaysia, Markas Pemerintahan Armada Barat, Markas Udara TLDM, Markas Pasukan Khas Laut, Markas Selam dan Peperangan Periuk Api, Pasukan Istiadat & Kawad Senyap TLDM, Brass Band KD PELANDOK dan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM.

Kami warga Pusat Hidrografi National, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada kesemua pengunjung warga Malaysia, agensi kerajaan, swasta dan NGO yang sudi hadir serta terlibat di dalam setiap aktiviti HTP 2019. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pihak tuan/puan untuk tujuan penambahbaikan. Semoga kita dapat berjumpa lagi untuk aktiviti yang sama pada masa yang akan datang.

“SEDIA BERKORBAN”

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6011-65566803

Fax
+603-31013111

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 89

Mingguan 960

Bulanan 6580

Keseluruhan 232853