Top Ad

 

MEMPERKASAKAN INFRASTUKTUR DATA SPATIAL MARIN MELALUI MESYUARAT Ke- 12 JAWATANKUASA TEKNIKAL MARIN MyGDI (JTMM)

KUALA LUMPUR, 24 Okt 19 – Mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) telah berlangsung pada jam 9.45 pagi di Bilik Mesyuarat 1, Telekom Malaysia Convention Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat JTMM ini telah memasuki siri ke-12 penubuhannya yang mana JTMM bertujuan untuk menzahirkan hubungan kerjasama antara Agensi Kerajaan dan Government Linked Companies (GLC) melalui perkongsian maklumat geospatial marin di negara ini.

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) juga adalah seiring dengan Pelan Strategik Pusat Hidrografi Nasional untuk menyediakan platform Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI) di Malaysia seterusnya menyokong pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara iaitu Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI).  MyGDI merupakan platform perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi pembekal dan pengguna sekaligus mengelakkan pembaziran daripada aktiviti-aktiviti bertindih dalam pengumpulan, pemprosesan dan penyaluran maklumat geospatial yang diperlukan untuk tujuan perancangan, pengawasan dan penguatkuasaan terhadap sumber marin negara di kalangan jabatan Kerajaan dan agensi berkaitan.

Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh YBhg Laksamana Pertama Dr Najhan bin Md Said, Pengarah Kanan Hidrografi. Seramai 44 delegasi daripada 22 agensi-agensi kerajaan dan GLC yang mana merupakan ahli JTMM hadir di dalam mesyuarat ini.

Antara agenda yang dibincangkan adalah maklum balas dari perkara-perkara berbangkit daripada siri mesyuarat yang lepas serta membincangkan status terkini penyediaan infrastruktur data geospatial marin di Malaysia. Sesi mesyuarat juga diisi dengan sesi perkongsian maklumat daripada ahli JTMM. Terdapat 4 pembentangan pada Mesyuarat JTMM kali ini. Pembentangan pertama dan kedua daripada PHN iaitu Status Pangkalan Data MyMarine Geo-Hub yang disampaikan oleh Lt Astitie Hartatie PSSTLDM dan Pengenalan IHO S-100 Universal Hydrographic Data Model yang disampaikan oleh Kdr Kamaruddin bin Yusoff TLDM. Seterusnya adalah pembentangan daripada Petronas bertajuk Using GIS Web Map Application for Managing and Monitoring Oil and Gas Asset in Petronas yang disampaikan oleh En Mohamad Zahari bin Mokhtar. Pembentangan terakhir adalah daripada Malaysia Space Agency (MySA) bertajuk Kerjasama MySA dan PHN disampaikan oleh Kolonel Razak bin Sipit. Melalui mesyuarat ini juga, satu keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Kumpulan Kerja S-100 Universal Hydrographic Data Model dalam menyediakan keperluan maklumat marin berdasarkan produk-produk spesifikasi S-100 Universal Hydrographic Data Model.

Mesyuarat selesai pada jam 13.10 tengahari dan seterusnya  seterusnya kesemua ahli mesyuarat menikmati juadah makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak Telekom Malaysia (TM). Mesyuarat JTMM Ke-12 ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang di gariskan dengan kerjasama erat pihak penganjur iaitu TM serta seluruh ahli JTMM.  Seterusnya Mesyuarat JTMM ke-13 dirancang akan dilaksanakan pada bulan September 2019 bertempat di Jabatan Meteorologi Malaysia. Pusat Hidrografi Nasional mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat.

 

Kunjungan Hormat Pengarah Kanan Hidrografi Ybhg Laksamana Pertama Dr Najhan bin Md Said kepada En Firman Johari Nasir, General Manager Carrrier Network Development, TM Global.

 

Laksamana Pertama Dr Najhan memberikan cenderahati kepada wakil Telekom Malaysia.

 

Sepanjang mesyuarat dijalankan.

Pembentangan oleh Ketua Pegawai Staf Geospatial, Kdr Kamaruddin bin Yusoff TLDM

 

 

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6011-65566803

Fax
+603-31013111

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 94

Mingguan 747

Bulanan 6367

Keseluruhan 232640