Top Ad

 

MAJLIS PENUTUP PROGRAM UTM HYDRO II FIG/IHO/ICA CATEGORY A SESI 2019/2020

SKUDAI, 23 JAN 20 - Majlis Penutup Program UTM Hydro II FIG/IHO/ICA Category A Sesi 2019/2020 telah berlangsung di Kayangan Suite, Pulai Spring Resort, Johor. Program ini telah dilaksanakan selama 53 minggu, bermula pada 20 Jan 19 yang lalu. Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada 4 x Pegawai PHN dan 4 x firma ukur berdaftar. Setamatnya program, para peserta secara rasminya telah layak menjadi Juruukur Bertauliah Kategori A yang diiktiraf oleh International Hydrographic Organization (IHO).

Program UTM Hydro II FIG/IHO/ICA Category A merupakan salah satu program kolaborasi di antara UTM dan PHN. PHN sentiasa memandang serius terhadap kualiti juruukur hidrografi di negara ini agar proses pengumpulan data dan penghasilan produk hidrografi memenuhi spesifikasi serta piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan pelayaran. PHN juga mengendalikan subjek Seamanship and Navigation, Hydrographic Survey dan Hydrographic Field Survey Project dalam merealisasikan perkara tersebut.

Majlis Penutup telah disempurnakan dengan acara penyampaian sijil tamat program dan ucapan penutup Ketua Pengarah Hidrografi telah disampaikan oleh Kdr Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM, Pengarah Geospatial yang hadir mewakili Ketua Pengarah Hidrografi. Majlis juga telah dimeriahkan dengan tayangan video montaj khas hasil nukilan peserta sebagai tanda penghargaan dan kenangan sepanjang program.

 

 

Sesi Bergambar

 

     

Ucapan Oleh Pengarah Kursus dan Pengarah Geoinfomasi

 

Ucapan Penutup Oleh Pengarah Geospatial

 

Penyampaian Cenderahati Oleh Penganjur

 

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 190

Mingguan 390

Bulanan 4380

Keseluruhan 237603