Top Ad

 

MESYUARAT SUB-COMMITTEE ON UNDERSEA FEATURE NAMES KE-33

PULAU INDAH, 10 NOV 2020 - Sub-Committee On Undersea Feature Names (SCUFN) merupakan sebuah jawatankuasa yang dibentuk di bawah International Hydrographic Organization (IHO) dan Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC) untuk menilai, melulus dan mengazetkan nama-nama fitur dasar laut untuk menjadi rujukan dalam peta maritim dunia.

Berikutan penularan pandemik Covid-19 seantero dunia, pelaksanaan SCUFN Ke-33 telah berlangsung secara atas talian (VTC – Video TeleConference) pada 9 dan 10 November 2020. Mesyuarat SCUFN 33 VTC1 melibatkan 31 peserta yang terdiri daripada 12 Ahli Tetap dalam kalangan Negara Ahli IHO dan IOC serta 18 wakil negara pemerhati yang telah memajukan submission (cadangan) penamaan fitur dasar laut mereka.

Penglibatan Malaysia yang diwakili oleh PHN dalam mesyuarat SCUFN telah bermula sejak 2015 lagi. Sehingga kini, PHN telah berjaya menggazetkan sebanyak 7 fitur dasar laut di bawah SCUFN. Fitur-fitur tersebut merangkumi 5 fitur Hill (Kenyalang Hill, Rafflesia Hill, Kadazandusun Hill, Murut Hill & Bidayuh Hill), 1 fitur Seamount (Santubong Seamount) dan 1 fitur Ridge (Iban Ridge). Pada mesyuarat SCUFN 33 VTC1 ini, PHN telah memajukan sebanyak 11 submission penamaan fitur dasar laut baharu yang meliputi 4 fitur Hill, 2 Valley, 3 Ridge dan 2 fitur Sea Channel.

Untuk rekod, terdapat lebih 160 cadangan nama baharu fitur dasar laut yang telah tertangguh dan menunggu semakan dan kelulusan SCUFN. Berikutan masa mesyuarat atas talian yang terhad, semakan terhadap fitur untuk mesyuarat SCUFN 33 VTC1 ini terpaksa dihadkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kekerapan yang lebih banyak.

Penglibatan Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said sebagai Ahli Tetap di dalam jawatankuasa ini merupakan pengiktirafan kepada negara dan TLDM. Kepakaran beliau telah diiktiraf dalam memberi khidmat nasihat kepakaran hidrografi kepada ahli-ahli jawatankuasa serta ahli pemerhati seterusnya memberi kelebihan kepada negara dalam aspek penamaan fitur dasar laut Malaysia.

Keputusan terhadap submission 11 penamaan fitur dasar laut yang dimajukan hanya akan diputuskan semasa siri mesyuarat SCUFN 33 VTC2 yang dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2021.

 

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6011-65566803

Fax
+603-31013111

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 142

Mingguan 795

Bulanan 6415

Keseluruhan 232688