Top Ad

 

PHN PEMENANG ANUGERAH SPECIAL ACHIEVEMENT IN GIS (SAG) OLEH ESRI INC.

PULAU INDAH, 15 JUL 21 - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) buat julung kalinya telah dinobatkan sebagai salah satu pemenang anugerah Special Achievement in GIS (SAG) oleh Esri Inc, United State. Pengumuman ini telah dilakukan semasa persidangan User Conference Esri 2021 (UC21) secara maya terbesar di dunia pada 12 Julai 2021. Anugerah ini secara langsung telah mengiktiraf pencapaian PHN dalam mengendali aplikasi GIS di peringkat nasional. Antara faktor utama yang membawa kepada kemenangan ini adalah kerana keunikan PHN yang mana hanya satu satunya agensi kerajaan di Malaysia yang mengurus dan mentadbir infrastruktur data persekitaran marin negara menggunakan aplikasi ArcGIS. Pemilihan pemenang untuk anugerah ini dilakukan sendiri oleh Presiden Esri Inc iaitu Jack Dangermond (Father of GIS). Hanya 100 agensi terpilih sebagai penerima anugerah SAG daripada 100,000 pencalonan pengguna aplikasi ArcGIS seluruh dunia. Sejajar dengan penganugerahan ini, PHN telah dijemput mewakili pengguna ArcGIS di Malaysia untuk menjadi panel di dalam sesi Special Interest Group (SIG) bagi Sektor Maritim pada 15 Julai 2021 jam 2145H yang akan diadakan secara maya.

Jemputan khas ini merupakan yang julung kalinya bagi agensi kerajaan Malaysia untuk berkongsi maklumat pencapaiannya di persidangan peringkat global ini secara live. Ianya merupakan suatu pengiktirafan yang membanggakan dan menjadi batu loncatan kepada PHN untuk mempertingkatkan mutu dan kualiti pembangunan infrastruktur spatial marin negara. PHN yang diwakili oleh Pengarah Geospatial iaitu Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM akan berkongsi secara langsung berkenaan projek pembangunan MyMarine GeoHub Database dan Maritime Chart Service di dalam sesi SIG ini. 
 

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 208

Mingguan 616

Bulanan 4606

Keseluruhan 237829