Sea bed Echo Sounding  Kunjungan hormat AKS Sumber Manusia

Sea bed

Echo Sounding

Kunjungan hormat AKS Sumber Manusia

Mesyuarat Ke- 10 Jawatankuasa Teknikal Marin Mygdi (Jtmm) Antara Agensi Di Pusat Hidrografi Nasional (Phn)

PULAU INDAH, 16 Okt 17 – Mesyuarat Ke-10 Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) telah berlangsung pada 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Batimetri, PHN. Mesyuarat JTMM ini telah memasuki ke siri ke-10 yang mana merupakan penjenamaan semula dari  Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Perkongsian Maklumat dan Data Bagi Objek-Objek Bawah Air (JKPPMOBA). Penubuhannya bertujuan untuk menzahirkan hubungan kerjasama antara Agensi Kerajaan dan Government Linked Companies (GLC) melalui perkongsian maklumat geospatial marin bagi mengkoordinasikan segala keperluan data marin mengikut standard dan polisi yang digariskan oleh Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI).

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) juga adalah seiring dengan Pelan Strategik Pusat Hidrografi Nasional untuk menyediakan platform Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI) di Malaysia seterusnya menyokong pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara iaitu Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). MyGDI merupakan platform perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi pembekal dan pengguna sekaligus mengelakkan pembaziran dari aktiviti-aktiviti bertindih dalam pengumpulan, pemprosesan dan penyaluran maklumat geospatial yang diperlukan untuk tujuan perancangan, pengawasan dan penguatkuasaan terhadap sumber marin Negara di kalangan jabatan Kerajaan dan agensi berkaitan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan Laksamana Muda Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Hidrografi, Seramai 30 deligasi daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat hadir di dalam mesyuarat ini. Ahli keanggotaan JTMM adalah sebanyak 25 Agensi termasuk PHN. Antara wakil agensi yang hadir ialah daripada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi, Jabatan Mineral Dan Geosains,  Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara, Agensi Remote Sensing Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi Malaysia, Malaysia Petroleum Management, Jabatan Taman Laut Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Telekom Malaysia Berhad dan Jabatan Peguam Negara. Ahli jawatankuasa terdiri daripada agensi swasta dan awam yang dilantik serta bermandat untuk membekalkan maklumat maklumat marin yang bersesuaian untuk disalurkan kepada PHN bagi tujuan perkongsian.

Antara agenda yang dibincangkan adalah maklumbalas dari perkara-perkara berbangkit dari siri mesyuarat yang lepas serta membincangkan lain-lain hal. Wakil dari Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara telah memberi taklimat tentang Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) dan diikuti taklimat MyMarine Geo-Hub oleh Lt Dya Astitie Hartatie Binti Toha (Pegawai GIS).  Mesyuarat ini juga turut membincangkan berkenaan Pembangunan Draf Terma Rujukan JTMM kepada wakil ahli JTMM yang hadir. Mesyuarat selesai pada jam 12.00 tengahari dan seterusnya kesemua ahli mesyuarat menikmati juadah makan tengah hari di Wisma Indah, PHN.  PHN mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat kerana telah menjayakan mesyuarat ini.

Penyataan

Paparan terbaik:
Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18
Resolusi 1024 x 768 piksel 


Hakcipta | Dasar & Privasi | Penafian | Peta Laman

Analisis Pengunjung

Hari ini 93

Mingguan 464

Bulanan 610

Keseluruhan 625