Top Ad

 

Info Terkini

Kuala Lumpur, 27 FEB 2024 - PENCAPAIAN AIMS 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Isham bin Ishak telah menyempurnakan pembukaan taklimat Accountability Index Monitoring System (AIMS) untuk tahun 2024. Di majlis yang sama, 8 daripada 112 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kementerian Pertahanan telah diumumkan sebagai PTJ yang mencapai prestasi AIMS 100% untuk tahun 2023, di mana 3 PTJ adalah dari TLDM. Mendahului senarai ialah PTJ Pusat Hidrografi Nasional, disusuli dengan PTJ Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut dan KD SRI TAWAU. 5 PTJ lain adalah dari Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Markas 1 Briged, Wisma Transit Kuala Lumpur dan Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara. Selesai sesi pembukaan, setiap PTJ yang mencapai score 100% diberi 3 minit untuk berkongsi tips, amalan baik dan inisiatif yang telah dilaksanakan. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua PTJ yang berjaya, semoga menjadi inspirasi untuk terus cemerlang.

Pulau Indah, 26 FEB 2024 - KUNJUNGAN HORMAT OLEH AKAUNTAN PASUKAN NAZIRAN BAHAGIAN AKAUNTAN KEMENTERIAN PERTAHANAN KE ATAS  KETUA PENGARAH HIDROGRAFI kunjungan hormat oleh Encik Abdul Halim bin Ismail ke atas YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.

   

   

Shah Alam, 20 FEB 2024 - YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan telah melaksanakan lawatan kebajikan ke atas Pengarah Kanan Perancangan Pembangunan, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said pada petang ini.YBhg Laksma Dr Najhan telah disahkan mengalami radang pada apendiks. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Columbia Bukit Rimau dan telah menjalani pembedahan pada 16 Feb 24 yang lalu. Beliau kini stabil dan masih dalam pemantauan pihak hospital.

   

   

 

Pulau Indah, 20 FEB 2024- Ceramah Agama Khas Anjuran Wisma Indah telah dilaksanakan pada 20 Feb 24 (Selasa) bertempat di Wisma Laskar bagi memberi bimbingan dan pendidikan kepada warga pangkalan ke arah pembentukan keperibadian Islam yang sempurna serta menjana sahsiah warga pangkalan melalui penerapan nilai-nilai murni berteraskan ajaran serta kisah-kisah yang terkandung dalam al-Quran. Ceramah Agama Khas pada kali ini menampilkan penceramah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Islam Malaysia, al-Fadhil Ustaz ‘Auni bin Mohamed sebagai penceramah jemputan dengan tajuk ceramah beliau Tadabbur Surah al-Kahfi Ayat 21- 26, Pemuda Kahfi : Kisah Tersirat & Tersurat ‘Ibrah Buat Yang Mahu Berfikir. Yang Berbahagia Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi turut hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan bersama-sama 140 orang pegawai dan anggota.

   

   

   

Pulau Indah, 19 FEB 2024 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 19 Feb 24. Seramai 6 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dengan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM. TAHNIAH diucapkan kepada kesemua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.

   

   

   

Pulau Indah, 15 FEB 2024 - SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE 57. Tanggal 15 Februari, hari kelahiran Ketua Pengarah kami.Ucapan khas buat YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE 57. Semoga YBhg Dato’ sentiasa di bawah rahmat dan perlindungannya serta diberkati usia Dato’. Semoga Allah swt mengurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat buat YBhg Dato’ dan keluarga.

Pulau Indah, 9 FEB 2024 - Ceramah Israk Mikraj telah diadakan di Auditorium PHN pada 28 Rejab 1445H bersamaan 9 Feb 2024. Penceramah jemputan ialah Ustaz Mohd Hazman Yani bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Da’i Hazman.

   

  

Pulau Indah, 8 FEB 2024 - Kursus Hydrographic Code of Practise for Port and Harbours ( COP ) telah dilaksanakan mulai 7 hingga 8 Feb 24 di Pusat Hidrografi Nasional.Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelabuhan utama dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti hidrografi berkenaan rujukan COP dalam melaksanakan kerja-kerja pengukuran hidrografi di kawasan pelabuhan dan persisir.

   

   

Pulau Indah, 1 FEB 2024. Para pegawai dari Pusat Hidrografi Nasional dan KD PERANTAU berhimpun mesra di Majlis Request Pleasure of Company ( RPC ) yang diadakan di Geladak Bendera KD PERANTAU. Majlis turut meraikan pegawai yang baru dinaikkan pangkat iaitu P/Kept Mohd Syahir bin Eleas TLDM dan Lt Kdr Sukhbir Singh TLDM.

   

   

Pulau Indah, 1 FEB 2024 -Kunjungan hormat oleh Laksamana Muda Abdullah Sani bin Ismail, Inspektor Jeneral TLDM ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.

   

   

Page 1 of 17

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6011-65566803

Fax
+603-31013111

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 63

Mingguan 934

Bulanan 6554

Keseluruhan 232827