National Hydrographic Centre Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Echo Sounding Sea bed Santubong Seamount Bulan Kemerdekaan

National Hydrographic Centre

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Echo Sounding

Sea bed

Santubong Seamount

Bulan Kemerdekaan

Info Terkini

28 Mei - Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Hanafiah Hassan menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Memerintah KD LEKIU, Kdr Suhaimi Jumahat TLDM di pejabat KPH pada 29 Mei 19. 

28 Mei - Ketua Pengarah Hidrografi telah menerima Kunjungan Hormat daripada Pegawai Memerintah JS IZUMO Capt Katsuyoshi Motoyama dan Pegawai Memerintah JS MURASAME Cdr Shusaku Okada di Pejabat KPH pada 29 Mei 19. 

27 Mei - Kaligrafi, seni tulisan tangan yang indah. Warga Pusat Hidrografi Nasional dan Japan Maritime Self Defence Force (JMSDF) mengambil kesempatan untuk berkongsi pengetahuan mengenai kaligrafi Jepun dan Jawi. Aktiviti ini secara tidak langsung membina hubungan 2 hala yang lebih baik antara TLDM dan JMSDF.

27 Mei - Lawatan oleh Pegawai dan Anggota Kapal JS IZUMO DAN JS MURASAME daripada Japan Maritime Self Defence Force (JMSDF) ke Pusat Hidrografi Nasional memperkukuhkan lagi hubungan antarabangsa antara TLDM dan JMSDF. Warga PHN turut berpeluang berkongsi pengalaman berkaitan hidrografi dengan JMSDF.

26 Mei - Dua buah Kapal Japan Maritime Self Defence Force (JMSDF) iaitu JS IZUMO (DDH) dan JS MURASAME (DD) telah membuat lawatan operasi ke Malaysia dan telah merapat di Bousted Cruise Centre, Pelabuhan Klang, Selangor bermula 26 Mei hingga 29 Mei 19. Lawatan ini bertujuan untuk ulang bekal logistik dan istirehat selain mengadakan sesi Seminar Humanitarian Asistance and Disaster Relief (HADR) melibatkan antara ATM dan agensi berkaitan bencana di Malaysia. Ketibaan kapal turut disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Laut dan Ketua Pengarah Hidrografi.

25 Mei 19 - Junjung Kasih, Kepten Yang Dipertua TLDM. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mencemar duli untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga TLDM di KD LEKIU. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany serta Pegawai-Pegawai Kanan TLDM. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut menyertai solat Maghrib yang diimamkan oleh Pegawai Staf Agama Markas Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ku Ibrahim bin Ku Mohamad secara berjemaah bersama kira-kira 100 warga TLDM di KD JEBAT. 

24 Mei - Dua bersaudara KD LEKIU dan KD JEBAT buat julung kalinya merapat di Jeti Pangkalan TLDM Pulau Indah bagi Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama Warga TLDM yang akan dilaksanakan pada 25 Mei 19. 

23 Mei - Memakmurkan malam-malam sepanjang bulan Ramadan adalah sunat dan amat dituntut oleh Rasullah SAW. Majlis Iftar dan Solat Sunat Tarawih Warga Wisma Indah memperkukuhkan kesatuan ummah antara warga wisma tanpa mengira agama dan bangsa. Jemputan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga ahli wisma. Ketua Pengarah Hidrografi turut hadir dalam mengimarahkan Majlis Iftar dan Solat Sunat Terawih anjuran komuniti Wisma Indah.

17 Mei - Ganjaran Ramadan 1440H buat Leftenan Muhammad Faisal bin Mohmad Zamir TLDM yang dinaikkan ke pangkat Leftenan TLDM mulai 13 Mei 2019. Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai ini dilaksanakan adalah sebagai pengiktirafan kepada pegawai yang dinaikkan pangkat. Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi dan Pengarah Kanan Hidrografi di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional. Ketua Pengarah Hidrografi turut memberikan ucapan kepada pegawai yang dinaikkan pangkat agar terus maju dan cemerlang dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.  Majlis disudahi dengan bacaan doa oleh Lt Muhammad Faisal bin Mohmad Zamir TLDM.

16 Mei - Buatlah orang lain gembira, maka Allah akan mengembirakan kita dengan perkara yang tidak disangkakan. BAKAT (L) PHN turut santuni anak-anak yatim Madrasah Ulum Quran Wal Hadith, Kg Rantau Panjang Klang semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Iftar Pangkalan TLDM Pulau Indah dengan memberi sumbangan duit raya yang disempurnakan oleh Ibu BAKAT (L) PHN Puan Norhiyati binti Hamid dan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SAAS Kdr Mohaizah binti Mohamed TLDM. Bersama Berbakti.

Page 2 of 3

Program

Aplikasi Online

Penyataan

Paparan terbaik:
Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18
Resolusi 1024 x 768 piksel 


Hakcipta | Dasar & Privasi | Penafian

Analisis Pengunjung

Hari ini 7

Mingguan 7

Bulanan 1487

Keseluruhan 11189