Top Ad

 

Info Terkini

PULAU INDAH, 10 FEB 23 - Program Jiwa Murni Suku Pertama bagi Tahun 2023 dan Perasmian Blok Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Bandar Armada Putra telah dilaksanakan pada 9 dan 10 Feb 23. Program kali ini dianjurkan secara gotong-royong dengan kerjasama antara guru-guru KAFA Integrasi dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid al-Qayyum Bandar Armada Putra. Seramai 80 orang pegawai dan anggota pangkalan termasuk AJK Masjid Al-Qayyum serta guru-guru Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi terlibat dalam program kali ini. Perasmian Blok KAFA yang baru dengan nama panggilan ‘Blok Mutiara’ telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan. LK HDI Mohd Amirul Saswan bin Mohd Sukri telah dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan penamaan Blok KAFA yang telah dianjurkan oleh Cawangan Agama Islam pada 1 Feb 23 yang lalu. Program ini juga dilaksanakan selaras dengan keutamaan ke-3 dalam perutusan ulung Panglima Tentera Laut Ke-18, iaitu memperkasa etos dan etika ketenteraan.

"TLDM SIAGA KEDAULATAN TERPELIHARA”
 
   
 
   

PULAU INDAH, 9 FEB 23 - Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil telah diadakan di Surau Wisma Laskar pada 9 Feb 23 bersamaan 18 Rejab 1444H. Majlis ini adalah majlis rutin warga pangkalan bagi menghidupkan aktiviti kerohanian pada malam Jumaat seperti yang telah termaktub dalam PMAT 9/91, Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam ATM bertarikh 20 Mei 1991. Majlis dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib berjemaah dan disusuli bacaan Yasin, Tahlil serta Doa Selamat bagi memohon keselamatan serta kemudahan dalam segala urusan kebajikan warga pangkalan. Dalam pada itu, bacaan Yasin dan Tahlil pada kali ini juga diniatkan khusus untuk Allahyarham Laksamana Pertama (B) Dato’ Yacob bin Ismail, mantan Ketua Pengarah Hidrografi yang ke-3 yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Kdr Shukri bin Mohd Yusop TLDM, Ketua Pegawai Staf Dasar dan Pembangunan Pusat Hidrografi Nasional.

 

PULAU INDAH, 5 JAN 23 - Majlis Bacaan Yassin Penutup Aktiviti BAKAT Laut Tahun 2022 telah diadakan di Kamar Diraja, Pusat Hidrografi Nasional. Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi Tertinggi BAKAT LAUT, Puan Sri Dato' Indera Maslina binti Ismail dan bersama kehadiran 60 ahli BAKAT PHN dan ahli BAKAT Lembah Klang. Majlis tersebut merangkumi penyampaian Tazkirah, Bacaan Yasin serta Lawatan Sekitar PHN termasuk Bilik Pameran, Auditorium dan Demonstrasi Jam Matahari di Monumen Tanda Aras Jam Matahari.
 
      
    
 
 
PULAU INDAH, 6 JAN 23 - Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil warga Pangkalan TLDM Pulau Indah tahun 2023 telah diadakan bertempat di Wisma Laskar. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Kdr Mohd Shukri bin Mohd Yusop TLDM, Ketua Pegawai Staf Dasar dan Pembangunan serta seluruh warga PHN.  Antara objektif majlis adalah bagi memanjatkan rasa syukur dan memohon kesejahteraan pegawai, anggota dan warga pangkalan serta keluarga dari sebarang musibah dan wabak penyakit serta dipermudahkan dalam segala urusan duniawi dan ukhrawi.  Semoga TLDM kekal relevan sepanjang zaman dalam mempertahankan samudera raya tanah air tercinta. 
 
 
PULAU INDAH, 10 JAN 23 - Majlis Serah Terima Tugas KPS T&K di antara Kdr Rajwani Madiah binti Mohamad TLDM dan Kdr Khairulniza binti Kamarulzaman TLDM telah dilaksanakan di Auditorium PHN pada 10 Jan 23. Majlis telah disaksikan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Warga PHN ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Kdr Rajwani Madiah TLDM atas segala jasa bakti dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang beliau memikul perjawatan sebagai KPS T&K di PHN. Tahniah untuk pelantikan perjawatan baru dan ribuan terima kasih atas perkhidmatan anda. Selamat Maju Jaya kepada Kdr Rajwani Madiah TLDM di unit yang baharu and Welcome Aboard Kdr Khairulniza TLDM. YBhg Ketua Pengarah Hidrografi turut menyempurnakan Majlis Pemakaian Insignia Kepakaran Hidrografi kepada Lt Mohamad Faridzuan bin Mohamad Bakri TLDM yang telah menamatkan Kursus Pendidikan Spesialisasi Perwira (DIKSPESPA) Hidro Oseanografi (HIDROS) di Pusat Pendidikan (PUSDIK) HIDROS, Jakarta Utara, Indonesia. Tahniah diucapkan.
 
 
PULAU INDAH, 10 JAN 23 - Majlis Meraikan Pegawai Bertukar Keluar dan Masuk pegawai Wisma Indah telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato Hanafiah Hassan pada 10 Januari 2023. Majlis ini merupakan penghargaan kepada pegawai yang akan bertukar keluar ke Markas Pemerintahan Kapal Selam iaitu Kdr Rajwani Madiah binti Mohamad TLDM dan meraikan pegawai yang bertukar masuk ke PHN iaitu Kdr Khairulniza binti Kamarulzaman TLDM. Selain itu, majlis juga turut meraikan pegawai-pegawai berkepakaran hidrografi yang telah menjalani kursus pada tahun 2022 dan kembali berkhidmat di PHN.  Ahli Wisma Indah mengucapkan selamat maju jaya kepada pegawai yang akan bertukar keluar serta selamat datang ke Pusat Hidrografi Nasional bagi pegawai yang baru bertukar masuk.
 
 
PULAU INDAH, 17 Dis 22 - Sambutan Hari Keluarga bagi Pusat Hidrografi Nasional serta Hari Ulang Tahun KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH ke-16 telah dilaksanakan dengan jayanya.  Majlis dimeriahkan dengan kehadiran seluruh warga pangkalan bersama keluarga dan turut diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan serta Datin Nor Hayati binti Abdullah. Majlis telah dimulakan dengan perasmian Monumen Tanda Aras TLDM No.58 dan Jam Matahari Pusat Hidrografi Nasional oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.  Pelbagai permainan turut disediakan kepada semua yang hadir bagi merapatkan ukhuwah dan kemesraan sesama warga dan keluarga. Majlis menjadi lebih istimewa buat kanak-kanak apabila pelbagai permainan outdoor disediakan seperti Soopa Doopa, funride scooter, bubble balloon dan pemberian belon hiasan oleh badut yang hadir.  Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi setiap permainan dan cabutan bertuah yang dilaksanakan.  Terima kasih juga diucapkan kepada barisan AJK bagi Sambutan Hari Keluarga yang diketuai oleh Ketua Pegawai Staf Rancang dan barisan AJK yang memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan hari yang penuh bermakna buat seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional dan keluarga.
 
 
 
 
 
PULAU INDAH, 14 Dis 22 - Tahniah diucapkan kepada LK I TMS Muhammad Asraf bin Rosli yang muncul pemenang tempat pertama bagi pertandingan memancing dalam Pertandingan Memancing Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH ke-16. Anggota ini berjaya menaikkan ikan tebal pipi dengan berat 1.925 kilogram.  Pertandingan memancing ini adalah antara salah satu aktiviti yang diadakan sempena sambutan Hari Ulang Tahun KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH ke-16. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM.
 
 
PULAU INDAH, 9 Dis 22 - Majlis Malam Ramah Mesra sempena Bengkel Pegawai Hidrografi 2022 telah dilaksanakan di Wisma Indah, Pusat Hidrografi Nasional pada malam ini. Majlis ini diadakan bagi merapatkan hubungan di kalangan pegawai terutamanya kepada pegawai dari unit luar PHN. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan serta seluruh ahli Wisma Indah.
 
 
 
PULAU INDAH, 30 Nov 22 -Majlis Penutup Hydrographic Field Survey Project bagi Kursus Hidrografi UTM Hydro III FIG/IHO/ICA Kategori A - 2022. Majlis dimulakan dengan pembentangan projek akhir oleh penuntut kursus disusuli dengan Majlis Request Pleasure of Company (RPC) di Wisma Indah. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.  Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus di atas kejayaan menamatkan modul dengan jayanya. Semoga ilmu yang ditimba dapat digunakan dengan sebaik-baiknya di masa hadapan.
 
 

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 218

Mingguan 1126

Bulanan 3671

Keseluruhan 236894