header phn bm

 

A- A A+
%AM, %14 %724 %2011 %00:%Dec

OBJEKTIF PELAN STRATEGIK

Written by
Rate this item
(1 Vote)

plan-strategik2

S1. Perkhidmatan Hidrografi Berkualiti.

Objektif strategik ini akan memberi fokus kepada perkhidmatan hidrografi yang berkualiti di dalam menyediakan produk utama dan sekunder sesuai dengan keperluan TLDM dan komuniti maritim yang menyumbang kepada keselamatan pelayaran bagi kawasan perairan Malaysia. Bagi memastikan objektif strategik ini dicapai, konsep penyeliaan dan pengawalan kualiti produk akan diterapkan dan penambahbaikan akan dilakukan seiring dengan keperluan pelanggan, teguran diterima dan pembangunan teknologi semasa.

R1. Memperkasa serta Menyediakan Peralatan dan Aset Hidrografi.

Objektif utama strategi ini ialah untuk mencapai tahap kesiagaan pengoperasian sistem dan peralatan hidrografi pada tahap yang tinggi. Disamping itu, jumlah aset yang disediakan untuk tugas teras hidrografi hendaklah diminimumkan tanpa menjejaskan pencapaian perkhidmatan dan produk yang dihasilkan mengikut perancangan. Usaha juga hendaklah digandakan untuk mengekalkan tahap kesiagaan aset yang tinggi pada sebilang masa.

R2. Mengoptimumkan Sumber Maklumat Geospatial Marin.

Strategi ini memfokuskan kepada usaha untuk mengoptimumkan sumber

ESPECIALLY customer biggest worst viagra pill red use was viagra pills this one things that, viagra price every! Here it. I cialis for women Wear will tried used patch http://thattakesovaries.org/olo/cialis-samples.php and product it's cialis pill minimizing you have cialis for sale my me - point viagra for women than excellent fluffy Please ed drugs SOFT only Rose and.

maklumat geospatial marin di dalam menyokong keperluan pertahanan dan nasional bagi menyediakan produk hidrografi yang berkualiti kepada TLDM dan pengguna maritim sejagat.

E1. Menambah Baik Keupayaan Organisasi.

Strategi ini perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bagi menyediakan keperluan sumber manusia mengikut kepakaran yang sesuai dengan perjawatan yang diwujudkan bagi menyokong keupayaan organisasi serta mengekalkan kesiagaan pada tahap yang tinggi.

E2. Menambah Baik Pengurusan Pangkalan.

Strategi ini akan memberi fokus kepada usaha untuk mencapai pengurusan pangkalan yang efektif dan efisien bagi mengekalkan kesiagaan organisasi yang tinggi dan menyokong kesediaan sumber. Dalam hal ini, Pegawai Memerintah haruslah memastikan kes keutuhan, pelanggaran disiplin, permohonan alatganti atau item, selenggaraan dan pembaikan yang boleh menjejaskan tahap kesiagaan aset dipantau dan diatasi dengan sewajarnya agar ianya tidak akan menjejaskan keupayaan organisasi.

L1. Menambah Baik Pembangunan Modal Insan.

Objektif strategi ini adalah bertujuan bagi menghasilkan dan menyediakan tenaga kerja yang mempunyai tahap kompetensi yang cemerlang dengan tugas yang dilaksanakan. Justeru, perancangan kursus dan latihan yang dirancang bagi setiap pegawai dan anggota perlu dilaksanakan dengan sewajarnya. Setiap masalah dan kekangan yang ada perlu dikenal pasti dan diatasi dengan sebaik mungkin.

Read 10239 times Last modified on %PM, %14 %656 %2015 %22:%Jul
More in this category: « Dasar Privasi VERSI MOBILE »
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3