header phn bm

 

A- A A+
%AM, %30 %112 %2012 %09:%Mar

Soalan Lazim

Written by
Rate this item
(0 votes)

S : Bagaimana untuk mendapatkan produk yang dikeluarkan?

J : Produk kami boleh didapati dari kaunter jualan kami yang terletak di Lobi Bangunan Pusat Oseanografi dan Kartografi PHN atau melalui Pengedar Sah. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian +603-3169 4555 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

S : Bolehkan produk didapati secara pembelian online?

J : Buat masa ini pihak kami tidak menyediakan pembelian secara online. Walau bagaimanapun, pihak kami sedang membangunkan sistem e-commerce dan dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2011. Pengguna boleh membeli produk secara online setelah modul e-commerce tersebut dapat digunakan sepenuhnya nanti.

 

S : Apakah Perkhidmatan e-NTM?

J : Perkhidmatan e-NTM merupakan satu sistem perkhidmatan online yang menawarkan pengguna untuk menerima Edisi Notis Pelaut yang dikeluarkan pada setiap bulan dan dihantar terus ke email pengguna. Apa yang anda perlukan adalah akaun e-mel dan anda akan menerima Notis Pelaut secara automatik (secara bulanan).

 

S : Apakah Notis Pelaut?

J : Notis Pelaut merupakan satu risalah atau penerbitan yang dikeluarkan bagi setiap bulan bertujuan untuk pengemaskinian dan pembetulan carta atau memberi amaran/peringatan/petunjuk ke atas perubahan carta sama ada perubahan kekal ataupun perubahan sementara.

 

S : Apakah perbezaan di antara carta nautika dan carta panduarah elektronik?

J : Carta Nautika adalah carta yang di cetak di atas kertas dan digunakan untuk melakar laluan pelayaran dan kerja-kerja pemplotan kedudukan kapa. Ianya digunakan didalam teknik konvensional panduarah. Manakala carta panduarah elektronik pula merupakan carta dalam bentuk digital dan memerlukan peranti dan perisian yang sesuai untuk memaparkannya. Peranti ini dikenali sebagai Electronic Chart Display and Information System (ECDIS). Carta Panduarah Elektronik adalah dalam format S-57. Dengan menggunakan ECDIS, pelaut dapat merencana pelayanan dengan melakar laluan kapal pada sistem dan kedudukan kapal diberi melalui GPS. 

 

S : Apakah perbezaan Jadual Pasang Surut yang dikeluarkan oleh PHN berbanding Jadual pasang Surut yang dikeluarkan oleh agensi lain di Malaysia?

J : Jadual Pasang Surut (MTT) yang dikeluarkan oleh PHN berbeza pada datum pugak (vertical datum) yang digunakan. MTT menggunakan datum carta (chart datum) yang di rujuk kepada Lowest Astronomical Tide (LAT).

Read 9302 times Last modified on %AM, %09 %180 %2013 %11:%Feb
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3