header phn bm

 

A- A A+
%AM, %16 %041 %2015 %07:%May

MESYUARAT KE-12 KUMPULAN KERJA NAMA PULAU DAN ENTITI GEOGRAFI (KKNPEG) Featured

Written by
Rate this item
(0 votes)

AYER KEROH, 15 Mei 15 –Mesyuarat ke-12 Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi telah julung-julung kali diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir ,Blok Bendahari, Seri Negeri Melaka dan dihadiri oleh kesemua 20 ahli Kumpulan Kerja. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Laksamana Muda Dato' Pahlawan Zaaim bin Hasan, Pengerusi KKNPEG. Beliau juga berkesempatan membuat kunjungan hormat kepada SUK Melaka YBhg Datuk Wira Hj Naim bin Abu Bakar di pejabat beliau. Seterusnya mesyuarat telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir pada jam 0915H.

Mesyuarat kali ini antaranya membincangkan permasalahan negeri Sabah dan Kedah dalam mengenal pasti entiti bawah air di mana pengerusi mencadangkan agar penggunaan platform TLDM dalam membantu pengesahan entiti tersebut. Mesyuarat turut membincangkan keperluan memasukkan data pulau-pulau yang terdapat di dalam tasik dan sungai sebagai contoh pulau di dalam Tasik Banding dan Tasik Kenyir. Data tersebut perlu dimasukkan dalam Buku Senarai Pulau dan Entiti Geografi agar semua data dapat dikumpul dan diselaraskan oleh pihak Kumpulan Kerja.

Pada akhir mesyuarat pengerusi berharap semua negeri dapat terus memberikan komitmen yang tinggi dalam menyediakan data-data pulau dan entiti geografi agar kedaulatan negara dapat dipelihara. Mesyuarat kemudiannya berakhir jam 1100H dengan  Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dirancang menjadi hos pada mesyuarat akan datang.

gambar 1 gambar2
Kunjungan hormat Pengerusi kepada SUK Melaka
YBhg Datuk Wira Hj Naim bin Abu Bakar di Seri Negeri.
Sesi bergambar ahli mesyuarat bersama SUK Melaka
YBhg Datuk Wira Hj Naim bin Abu Bakar
gambar3 gambar4
Laksamana Muda Dato' Pahlawan Zaaim bin Hasan, mempengerusi
Mesyuarat Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi Ke-12
Sepanjang Mesyuarat berlangsung.
gambar5
YBhg Ketua Pengarah Hidrografi PHN mempengerusikan sepanjang mesyuarat berlangsung



Rujuk    :  01/15052015
Sumber :  Media PHN
Artikel   :  Lt Kdr Asmuni bt Mohamad Ali TLDM
Jurufoto:  LK HDI Mohd Azam

 
Read 5495 times Last modified on %PM, %29 %692 %2015 %23:%Jul
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3