header phn bm

 

A- A A+
%PM, %17 %294 %2017 %14:%Jan

PERBARISAN PENGHARGAAN KETUA PENGARAH HIDROGRAFI KE-5 DAN SERAH TERIMA TUGAS

Written by
Rate this item
(0 votes)
kph8
Laksda Dato' Pahlawan Zaaim bin Hasan

 


Klang 12 Jan 17 -  Istiadat Pebarisan Penghargaan Ketua Pengarah Hidrografi ke-5 telah berlansung seawal 7.30 pagi di padang kawad Pusat Hidrografi Nasional bertujuan memberi penghargaan dan mengenang jasa sepanjang pemerintahan beliau sebagai Ketua Pengarah Hidrografi ke-5.

kph1 kph4
Tabik Hormat Perbarisan Penghargaan Ketua Pengarah Hidrografi ke-5 Pemeriksaan Platun Pegawai

 

 kph1 kph2
Pemeriksaan Platun Bintara Pemeriksaan Platun Laskar Kanan dan ke Bawah


Pebarisan diketuai oleh Pegawai perbarisan Kdr Azrul Nezam bin Asri TLDM  dan dibantu oleh pegawai waren perbarisan PW I HDI Mohd Kamaru bin Ariffin.  Ketibaan Ybhg Ketua Pengarah Hidrografi ke-5 dimulakan dengan tabik hormat dan seterusnya nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya serta pemeriksaan platun.  Perbarisan selesai kira-kira jam 9.30 pagi.


kph9
Pegawai-pegawai Kanan Pusat Hidrografi Nasional

 

kph7 kph6 
 Formasi Sextant Tabik Hormat dalam Bentuk Formasi Sextant 



Acara diteruskan lagi dengan majlis ramah mesra Ketua Pengarah Hidrografi bersama warga pangkalan yang berlansung di Wisma Bintara. Majlis diakhiri dengan “Street Lining” yang bermula dari Wisma Bintara dan berakhir di Pintu Gerbang Utama. Seramai hampir 400 pegawai dan anggota terlibat untuk memberikan penghormatan terakhir kepada YBhg Ketua Pengarah Hidrografi ke-5 Laksda Dato' Pahlawan Zaaim bin Hasan dan Isteri.


kph10 kph11
Majlis Ramah Mesra di Wisma Bintara Street Lining Ceremony

 Makan malam “Fairs Winds and Following Seas” dianjurkan oleh Wisma Indah diadakan di Restoran The Food Tree OWG, Shah Alam, Selangor. Makan malam yang santai ini diadakan bagi menghargai jasa-jasa YBhg Dato' Pahlawan Zaaim b Hasan sebagai Ketua Pengarah Hidrografi ke-5. Makan malam ini disulami dengan tayangan montaj khas rentetan kehidupan dan pencapaian YBhg Dato' dan Datin. 

kph12 kph13
Majlis Makan Malam Fair Winds and Following Seas di Restoran The Food Tree OWG

 

kph14 kph15
Makan Malam Fair Winds and Following Seas Anjuran Ahli Mess Pegawai - Wisma Indah

 

Pada 13 Jan 17 pula  telah berlansungnya Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Hidrografi di KD SRI GOMBAK.  Serah terima Tugas antara Laksamana Muda Dato' Pahlawan Zaim bin Hasan dan Laksamana Muda Dato' Fadzilah bin Mohd Salleh sambil disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badarudin. Sempena acara tersebut juga, para hadirin mennyaksikan upacara pemakaian insignia Pegawai Memerintah dan penyerahan sextant sebagai simbolik mengambil alih tugas pemerintahan PHN oleh Mantan Ketua Pengarah Hidrografi kepada Ketua Pengarah Hidrografi yang baru.

 

kph17 kph18
Tandatangan Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Hidrografi

 

kph19 kph20
Pemakaian Lencana Pegawai Memerintah kepada Laksda Dato' Fadzilah bin Mohd Salleh
Sexton sebagai Simbolik Penyerahan Tampuk Pimpinan Pusat Hidrografi Nasional

 

 

 

Sumber  : PR PHN
Artikel    : BM HDI Amir bin Idris
Jurufoto : BM HDI Amir bin Idris

Read 819 times Last modified on %PM, %18 %278 %2017 %13:%Jan
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3