header phn bm

 

A- A A+
%AM, %15 %188 %2017 %11:%Feb

PROGRAM JIWA MURNI PANGKALAN TLDM PULAU INDAH

Written by
Rate this item
(0 votes)
GAMBAR UTAMA
Pegawai dan Anggota bergambar bersama kanak-kanak Down Syndrom dan Hyper Active 

 

PULAU INDAH, 15 Feb  – Pusat Hidrografi Nasional telah mengadakan Program Jiwa Murni bertempat di Pusat Jagaan Kanak-kanak Down Syndrome dan Hyper Active Bukit Tinggi Klang  pada 14 Feb 2017 melibatkan seramai 35 pegawai dan anggota TLDM Pulau Indah.

Pusat Jagaan ini menempatkan seramai 25 orang kanak-kanak istimewa dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.

GAMBAR 2
Pegawai dan Anggota Sedang membuat pembersihan di sekitar pusat jagaan


Pegawai dan anggota telah melaksanakan kerja menyiapkan lantai di pintu masuk pusat jagaan ini, membersihkan kawasan sekitar, membuat ampaian dan menggunting rambut penghuni. Aktiviti-aktiviti ini selesai pada jam 1430H.

GAMBAR 1 GAMBAR 3
Pegawai dan Anggota sedang menyiapkan lantai di
pintu masuk pusat jagaan
Anggota sedang memperbetulkan pagar di pusat jagaan


Semoga kerja amal yang dilaksanakan akan memberi manfaat kepada kanak-kanak istimewa ini dalam meneruskan kehidupan di pusat jagaan tersebut.


Sumber  : MEDIA PHN
Artikel    : MEJ ABDUL JABAR BIN YUSOF (3010478)
Jurufoto : 1161709 SJN MOHD ISA BIN MOHD PUAD

Read 593 times Last modified on %PM, %15 %220 %2017 %12:%Feb
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3