header phn bm

 

A- A A+
%PM, %18 %451 %2017 %17:%Apr

MAJLIS RAMAH MESRA PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) BERSAMA AGENSI KERAJAAN, PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN KETUA KOMUNITI SEMPENA HUT TLDM KE 83

Written by
Rate this item
(0 votes)
 IMG 2485
               Sesi Fotografi Tetamu Majlis Ramah Mesra Pusat Hidrografi Nasional 2017

 

PULAU INDAH, 18 Apr 17 – Majlis Ramah Mesra PHN bersama agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Ketua Komuniti di kawasan Pelabuhan Klang telah  berlangsung pada jam 1000H di Wisma Laskar, PHN. Majlis ini telah disertai oleh 12 agensi kerajaan, 6 PBT dan 21 Ketua Komuniti Pulau Indah yang melibatkan seramai 40 orang jemputan. Di antara jemputan yang hadir adalah Ketua UMNO Pelabuhan Klang YBhg Dato’ Haji Nasarruddin bin Dato’ M. Zin, Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah Encik Nasa bin Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor Puan Siti Zaleha bt Ibrahim,  Agensi Penguatkuasaan Maritim, Polis DiRaja Malaysia dan Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang. Bagi menghargai peranan Ketua Komuniti di kawasan Pulau Indah, PHN telah menjemput Pengetua dan Guru Besar, Pengulu, Ketua-ketua Kampung dan Imam di kawasan Bandar Armada Putra dan Pulau Indah untuk turut menyertai majlis tersebut.

Objektif Majlis Ramah Mesra anjuran PHN adalah untuk  mempromosikan fungsi tugas dan peranan PHN, memupuk persefahaman di kalangan agensi dan mengenalpasti kerjasama yang boleh diketengahkan di antara kedua-dua belah pihak, mengeratkan perhubungan di antara Warga PHN dan masyarakat setempat di samping menghargai sumbangan Ketua Komuniti kepada warga PHN khususnya dalam bidang pendidikan, sosial dan kemasyarakatan.

IMG 2486 IMG 2488
              YBhg KPH beramah mesra sambil menikmati hidangan bersama tetamu
                       Tetamu yang Hadir beramah mesra sambil menikmati hidangan

 
PHN turut menawarkan kepada para jemputan untuk menggunakan kemudahan gelanggang futsal berbumbung yang dimiliki PHN dan bersedia untuk menerima perlawanan persahabatan bagi mengeratkan lagi hubungan TLDM bersama masyarakat setempat. Pihak PHN juga telah menyediakan tapak pameran khas di Wisma Laskar untuk memperkenalkan produk-produk yang dihasilkan diantaranya seperti Carta Nautika, Jadual pasang Surut Malaysia serta beberapa peralatan hidrografi seperti set meter arus  dan Side Scan Sonar.

Majlis selesai pada jam 1130H seterusnya PHN mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemputan kerana sudi menghadiri ke majis yang julung kali diadakan ini. Penganjuran majlis ini menjadi permulaan yang baik untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat dan PHN secara terbuka bersedia untuk menerima setiap cadangan dan berusaha untuk berbakti kepada masyarakat demi kepentingan organisasi dan masyarakat khususnya.


IMG 2489 IMG 2500
             YBhg KPH menyampaikan Chief of Hydrographer Coin kepada para jemputan
                           YBhg KPH menyampaikan Chief of Hydrographer Coin
                                 kepada Tok Batin Kg Orang Asli Pulau Indah



Sumber  : Sel Teknologi Maklumat PHN
Artikel    : Lt Kdr Nazrul Hisham bin Abdul Wahab TLDM
Jurufoto : BM HDI Amir bin Idris

Read 512 times Last modified on %PM, %18 %467 %2017 %18:%Apr
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3