header phn bm

 

A- A A+
%PM, %19 %370 %2017 %15:%Oct

Seminar Pegawai Hidrografi 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)
WhatsApp Image 2017 09 27 at 08.36.11  
Peserta Seminar Pegawai Hidrografi bersama Ketua Pengarah Hidrgorafi  

Seminar Pegawai Hidrografi (SPH) 2017 telah berlangsung di Pusat Hidrografi Nasional (PHN) pada 25 hingga 27 Sep 17. SPH merupakan aktiviti tahunan PHN yang diadakan setiap tahun. Seminar ini disertai oleh pegawai-pegawai Hidrografi TLDM dari PHN dan unit-unit luar PHN. Seminar pada kali ini turut melibatkan YBhg Panglima Tentera Laut dan beberapa Asisten Ketua Staf  jemputan dalam Majlis Ramah Mesra yang diadakan di akhir seminar.

SPH 2017 telah membincangkan penyataan masalah/isu terkini berkaitan Modal Insan dan cabaran-cabaran semasa yang dibentangkan oleh pegawai-pegawai dari PHN dan unit-unit hidrografi. Setiap isu yang dibentangkan kemudiannya disusuli dengan sesi perbincangan dan dialog untuk penyelesaian yang lebih holistic. Perbincangan setiap isu dikawal oleh tim plenari iaitu seorang moderator dan 2 ahli panel.

Majlis penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Hidrografi turut disempurnakan oleh YBhg KPH kepada 6 orang pegawai Hidrografi. SKM Hidrografi ini diperolehi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan perolehannya adalah bertujuan untuk persediaan bagi penganjuran program Pengikitirafan Kebangsaan kepada anggota Lain-lain Pangkat Hidrografi sepertimana yang telah dirancangkan.

Sesi Dialog bersama YBhg KPH. Sesi ini telah memberi ruang dan peluang kepada peserta berinteraksi bersama YBhg KPH bagi menyuarakan isu serta masalah peribadi mahupun komuniti hidrografi secara terus kepada pengurusan tertinggi PHN. Secara umumnya, para peserta berpuas hati dengan respon serta penjelasan yang telah diberikan oleh YBhg KPH terhadap pertanyaan yang diajukan.

Majlis Ramah Mesra Sempena SPH 2017. Majlis ini merupakan acara kemuncak SPH 2017 yang melibatkan kehadiran YBhg PTL berserta 5 orang Pegawai Kanan dari pihak Pengurusan Tertinggi TLDM. Objektif utama majlis ini adalah untuk memberi ruang kepada pegawai-pegawai Hidrografi untuk berinteraksi dan beramah mesra bersama YBhg PTL dan pihak Pengurusan Tertinggi TLDM. YBhg PTL juga telah menyampaikan amanatnya dan mengarahkan supaya PHN merancang Halatuju Cawangan Hidrografi yang menyokong serta seiring dengan Program Transformasi TLDM 15 to 5.

 

 

Read 394 times Last modified on %PM, %19 %379 %2017 %16:%Oct
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3