header phn bm

 

A- A A+
%PM, %26 %388 %2017 %16:%Dec

MESYUARAT SISTEM PENGURUSAN KUALITI (MPSK) SIRI 6/17 DI PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN)

Written by
Rate this item
(0 votes)
MPSK01 
 YBhg Ketua Pengarah Hidrografi memberi ucapan pembukaan mesyuarat

PULAU INDAH, 8 Dis 17 – Mesyuarat Sistem Pengurusan Kualiti (MPSK) Siri 6/17 telah berlangsung pada jam 0900H bertempat di Bilik Mesyuarat Batimetri, PHN. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksda Dato' Fadzilah bin Mohd Salleh dan dihadiri oleh semua Ketua Jabatan dan Seksyen bertujuan membincangkan status perkembangan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) serta menyemak kembali status teguran NCR dan OFI pada Audit Kualiti Dalaman lepas yang diadakan pada 7-9 Nov 17.

MPSK dilaksanakan sebanyak dua kali setahun adalah bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan di dalam Manual Kualiti serta bersesuaian dengan Skop ISO PHN iaitu "Kompilasi Maklumat Hidrografi, Kartografi dan Oseanografi dan Meteorologi merangkumi Penerbitan Carta Nautika, Jadual Pasang Surut dan Laporan Alam Sekitar". Ianya juga sebahagian daripada keperluan yang digariskan di dalam Standard MS 9001:2015.

Setiap Seksyen telah melaksanakan semakan ke atas dokumen Arahan Kerja, Pengurusan Risiko dan teguran audit SIRIM yang lepas. Ini juga adalah sebahagian daripada persediaan bagi menghadapi Audit Pemantauan oleh pihak SIRIM yang akan dilaksanakan pada 30-31 Mei 18.

Untuk rekod, PHN adalah unit pertama di dalam ATM yang telah dipersijilkan MS ISO 9001:2015 mengganti MS ISO 9001:2008 pada 20 Jun 2016. SIRIM menegaskan bahawa semua organisasi yang memegang sijil MS ISO 9001:2008 diberi tempoh sehingga September 2018 untuk menaiktaraf kepada ISO 9001:2015.

 

 MPSK02
 Pembentangan oleh pihak Seksyen

 

 MPSK03
 Penerangan oleh  YBhg Ketua Pengarah Hidrografi

 

MPSK04 
 Sesi Perbahasan 
Read 349 times Last modified on %PM, %26 %396 %2017 %16:%Dec
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3