header phn bm

 

A- A A+
%PM, %07 %520 %2018 %19:%Apr

Budi di Junjung, Kasih di Tuai | Selamat Bersara Ketua Pengarah Hidrografi ke-6

Written by
Rate this item
(0 votes)

FWFS

SHAH ALAM, 6 Apr  - Majlis Fair Winds and Following Seas sempena pengunduran Ketua Pengarah Hidrografi ke-6, Laksamana Muda Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis anjuran Wisma Indah adalah sebagai tanda penghargaan  terhadap jasa yang telah dicurahkan oleh beliau sepanjang berkhidmat dalam TLDM khasnya dan hidrografi khususnya.  Di samping itu, majlis tersebut turut memberi peluang kepada pegawai dan isteri yang hadir untuk beramah mesra dan mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.

Laksamana Muda Dato’ Fadzilah telah berkhidmat di dalam TLDM selama 42 tahun termasuk  37 tahun di dalam bidang hidrografi. Sepanjang tempoh tersebut banyak sumbangan yang telah diberikan terutama melibatkan kepakaran hidrografi.  Kerjaya beliau di dalam bidang hidrografi bermula sebagai Pegawai Ukur Medan 3 di KD MUTIARA pada tahun 1981, pernah menjawat sebagai Pegawai Navigasi dan Pegawai Laksana di KD PERANTAU sebelum menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah pada tahun 2001. Seterusnya beliau meneruskan khidmat baktinya di Pusat Hidrografi Nasional sebagai Pegawai Staf 1 Hidrografi dan Pengarah Pusat. Beliau juga pernah berkhidmat secara pinjaman di  Pejabat Peguam Negara sebagai Pegawai Penyelidik Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa selama 10 tahun.  Pada 13 Jan 2017, Laksamana Muda Dato’ Fadzilah  telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi. Pada 4 Apr 18 beliau telah menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Laksamana Pertama Hanafiah bin Hassan. 

GroupPhoto

GroupLadies

Sesi Bergambar Kenang-Kenangan

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar beramai-ramai oleh semua pegawai dan isteri yang hadir. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Hanafiah turut menyampaikan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mantan Ketua Pengarah Hidrografi ke-6 terhadap segala bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di dalam perkhidmatan TLDM dan hidrografi khususnya. Di kesempatan itu juga, Laksamana Muda Dato’ Fadzilah turut menyampaikan ucapan antara lain menyentuh peri pentingnya semangat kerjasama di antara semua peringkat dan bersikap positif dalam melaksanakan tugas seterusnya merealisasikan Program Transformasi TLDM 15 ke 5 melalui inisiatif ‘Marine Geospatial 2050’.

Dinner

Majlis Makan Malam

Ucapan

Ucapan oleh YBhg Mantan Ketua Pengarah Hidrografi

 

CenderahatiSesi pemberian cendera kenangan kepada Mantan Ketua Pengarah Hidrografi

 

Koir

Lagu Khas disampaikan oleh Ahli Wisma Indah

SalamTerakhir

SalamTerakhir2

 

Tayangan montaj perjalanan kerjaya Ketua Pengarah Hidrografi ke-6 turut ditayangkan dan majlis diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai oleh pegawai yang hadir.

Read 236 times Last modified on %PM, %31 %674 %2018 %23:%May

Latest from Kamaruddin Yusoff

Media

{jpgremote}https://hydro.gov.my//images/berita/2018/FWFS_HotelConcorde/GroupPhoto_Ladies.jpg{/jpgremote}
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3