header phn bm

 

A- A A+
%AM, %05 %034 %2018 %07:%Jun

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL BAGI TAHUN 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)
audit
 Ketibaan Ketua Audit Laksmana Muda Dato`Ganesh Navaratnam

 

PULAU INDAH, 25 Mei 18 –  Audit Kesiapsigaan (AK) Pusat Hidrografi Nasional (PHN) 2018 telah dilaksanakan mulai 23 hingga 25 Mei 2018. Audit ini merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan pengurusan organisasi, perkhidmatan teras dan pengurusan pelangan.

AK pada kali ini telah diketuai oleh Laksamana Muda Dato Ganesh Navaratnam dan dibantu oleh pegawai dan bintara yang mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing. Keadah audit yang telah dilaksanakan adalah melalui semakan dokumentasi dan pemeriksaan bahan bukti, lawatan pemeriksaan, perbarisan istiadat, kajian kepuasan, menemuduga pegawai atau anggota dan evolusi kecemasan.Penilaian audit adalah berdasarkan kepada format Penilaian System Star Rating (SSR) yang merangkumi komponen N1 sehingga N10.

3
Taklimat pembukaan Audit di bilik mesyuarat Batimetri


Perbarisan Istiadat Sempena AK telah membuka tirai AK 2018 warga PHN yang terlibat telah menunjukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat  walaupun diadakan pada bulan ramadhan ini. Seterusnya diikuti dengan Taklimat Pembukaan Audit yang telah diadakan di bilik Mesyuarat  Batimetri, PHN. Setelah selesai taklimat AK oleh Tim Audit, acara seterusnya adalah Lawatan Pemeriksaan oleh Ketua Audit di sekitar Pangkalan TLDM Pulau Indah. Pada masa yang sama bagi auditor-auditor yang telah dilantik mula memeriksa dokumen dan juga menemuramah pegawai atau anggota yang berkaitan.

New Picture
Pemeriksaan pebarisan oleh Ketua Audit


Taklimat Penutupan telah diadakan pada 25 Mei 18 dengan membentang segala pemenuan, cadangan penambahbaikan dan amalan baik yang telah dilaksanakan. Hasil pelaksanaan audit PHN 2018 didapati sebanyak 19 penemuan dangan 9 amalan baik yang telah dilaksanakan dan juga keputusan PTKAP yang lepas dengan ini PHN telah diberi penarafan 4 Bintang dengan jumlah keseluruhan sebanyak 84.9%. Tahniah diucapkan kepada semua warga PHN yang terlibat.

5 4
Semakan Dokumantasi oleh Tim Audit Lawatan di sekitar Pangkalan TLDM Pulau Indah

Sumber  : Media PHN
Artikel    : Lt Kdr Mohd Dahroni Bin Abd Kadir TLDM
Jurufoto : LK  HDI Mushawir

Read 172 times Last modified on %AM, %05 %093 %2018 %09:%Jun
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3