header phn bm

 

A- A A+
%AM, %05 %093 %2018 %09:%Jun

MAJLIS IFTAR DAN KHATAM AL-QURAN PANGKALAN TLDM PULAU INDAH BERSAMA KETUA PENGARAH HIDROGRAFI

Written by
Rate this item
(0 votes)
3
Warga berkumpul sementara menunggu waktu berbuka

 

PULAU INDAH, 31 Mei 18 –  Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah menganjurkan Majlis Iftar dan Khatam Quran khas untuk semua warga Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI).  Majlis kali ini diadakan dengan ringkas dan penuh kesederhanaan namun tetap meriah bersama Ketua Pengarah Hidrografi ke -7 , Laksamana Pertama Hanafiah bin Hassan. Majlis yang bertemakan ala kampung telah disertai lebih kurang 350 yang terdiri daripada Navy people Pulau Indah dan juga PSSTLDM dari KD SRI KLANG.

1
Warga Navy People Pulau Indah sedang mengkhatam Al-Quran


Majlis bermula pada seawal jam 1800H dengan ketibaan YBhg Ketua Pengarah Hidrografi dan diikuti dengan majlis Khatam al-Quran dan penyampaian cenderahati peserta tadarus oleh Ketua Pengarah Hidrografi. Sementara menunggu waktu berbuka tazkirah ringkas telah disampaikan oleh pegawai agama KD SAAS, iaitu Mejar (Ustaz) Abdul Jabar bin Yusoff seterusnya majlis berbuka puasa dengan juadah yang telah disediakan. Selesai menunaikan Solat Maghrib semua hadirin menikmati makan malam dan majlis diteruskan dengan Solat Isyak dikuti solat sunat tarawih dan. Majlis diakhiri dengan jamuan moreh.

2 4
 Ketua Pengarah Hidrogarfi menyampai
cenderahati kepada peserta yang terlibat
Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh
Mejar (ustaz) Abdul Jabar bin Yusoff, Pegawai Agama KD SAAS


Dalam bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, Majlis Iftar dan Khatam Al-Quran ini secara tidak langsung dapat mengeratkan kerjasama, megukuhkan perpaduan dan silatulrahim dikalangan warga Navy People Pulau Indah.


Sumber  : Media PHN
Artikel    : Lt Kdr Mohd Dahroni Bin Abd Kadir TLDM
Jurufoto : LK  HDI Mushawir bin Ahmad

Read 194 times Last modified on %AM, %05 %105 %2018 %09:%Jun
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3