header phn bm

 

A- A A+
%AM, %17 %175 %2018 %11:%Jul

Malaysian Electronic Navigational Chart (MyENC) dinobat pemenang Anugerah Geospatial Kebangsaan (AGK) 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)
DSC 0077
 Ketua Pengarah Hidrografi Laksaman Muda Hanafiah bin Hassan bersama
Tim MyENC Menerima Anugerah Geospatial Kebangsaan (AGK) 2018

Putrajaya, 12 Jul 18 –  Pusat Hidrografi Nasional (PHN) sekali lagi telah melakar sejarah apabila dinobat sebagai pemenang Anugerah Geospatial Kebangsaan (AGK) 2018 melalui  Projek Malaysian Electronic Navigational Chart (MyENC) pada Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan ke-8 (NGIS).  MyENC merupakan carta panduarah elektronik rasmi yang diterbitkan oleh Pusat Hidrografi Nasional. Penggunaan MyENC adalah satu keperluan untuk pelayaran selaras dengan ketetapan International Maritime Organization (IMO) supaya kesemua kapal laut dilengkapi dengan Electronic Chart Display and Information System (ECDIS). Selain untuk paparan ENC, ECDIS juga bertindak sebagai alat bantuan navigasi apabila integrasikan dengan pelbagai alat atau sistem pandu arah yang lain. MyENC yang dikeluarkan oleh PHN telah diiktiraf oleh komuniti maritim antarabangsa dan memenuhi standard yang ditetapkan oleh International Hydrographic Organization (IHO) Publication S-57. Penghasilan MyENC dibuat secara in-house oleh pegawai dan anggota hidrografi TLDM di mana sel MyENC pertama dihasilkan adalah untuk Tambatan Pangkalan Lumut pada tahun 2004. Sehingga kini, PHN telah berjaya menghasilkan 104 sel ENC yang meliputi keseluruhan perairan negara. Melalui penjualan MyENC, hasil jualan produk ini telah berjaya menjana pendapatan kepada negara dengan hasil kutipan sehingga RM 9 juta setahun. Selain digunakan untuk panduarah pelayaran, MyENC juga digunakan sebagai paparan asas di dalam aplikasi seperti Vessel Management Traffic System (VTMS), Automatic Identification System (AIS), Common Operating Pictures (COP) dan sebagainya.

4
 Upacara Pembukaan Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke-8 (NGIS) oleh
YBhg Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli


AGK merupakan satu inisiatif bagi mengiktiraf organisasi atau agensi yang bergiat aktif dan inovatif dalam bidang geospatial. Ianya bertujuan untuk merangsang penggunaan teknologi geospatial seterusnya meningkatkan inovasi dalam bidang geospatial yang menjurus kepada pembangunan negara. Pemenang anugerah telah menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 10,000, trofi AGK 2018 dan sijil penyertaan. Dalam acara yang sama juga, PHN turut dipilih untuk menerima penghargaan sebagai Pengguna Aktif Aplikasi Malaysia Geospatial Online Service (MyGOS). MyGOS merupakan platform berasaskan web yang disediakan oleh MaCGDI untuk memudahkan proses perkongsian maklumat geospatial secara online di kalangan agensi kerajaan yang terlibat. Penyampaian untuk kedua-dua anugerah dan penghargaan ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

3
 Pembentangan oleh Komander Kamaruddin bin Yusoff
TLDM bertajuk Marine SDI Suporting MyGDI


NGIS merupakan aktiviti dwi tahunan anjuran Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui MaCGDI dalam memartabatkan penggunaan maklumat dan teknologi geospatial dalam perancangan pembangunan negara. Simposium kali ini bertemakan ”Inovasi Geospatial Ke Arah Wawasan Negara”  yang telah diadakan diadakan pada 10 hingga 11 Julai 2018. Tema ini diangkat bersesuaian dan relevan dengan manifestasi kerajaan untuk membawa Malaysia menuju wawasan negara dan seterusnya memacu kemajuan ekonomi dan sosial. PHN juga telah mengambil bahagian sebagai pempamer untuk mempromosikan hasil produk-produk yang dihasilkan serta bidang tugas PHN khususnya dan TLDM amnya. Ini telah membuka mata hadirin yang hadir ke tapak pameran berkenaan keupayaan PHN sebagai pengendali hidrografi dan pencartaan di perairan Malaysia serta hal-hal yang berkaitan. Dalam sesi pembentangan, Komander Kamaruddin bin Yusoff TLDM turut berkongsi pengalaman dalam usaha PHN membangunkan Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI) untuk menyokong inisiatif kerajaan melalui program   Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI).

5
 Sesi Perkongsian Maklumat di Booth Pameran PHN


Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan melahirkan rasa syukur dan menyatakan bahawa penganugerahan ini  merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna kepada PHN khususnya dan komuniti pelaut amnya. Kejayaaan projek MyENC pada hari ini merupakan hasil usaha mereka yang terdahulu dan diteruskan oleh generasi pada hari ini yang telah menyumbang masa dan tenaga dalam merealisasikan projek ini. Beliau berharap dengan  anugerah ini akan menjadi titik permulaan bagi PHN untuk menengahkan lagi projek-projek baharu yang berasaskan geospatial dan berimpak tinggi. Ini kerana inovasi di dalam bidang geospatial merupakan salah satu elemen penting untuk Malaysia bergerak maju ke arah memperkasakan pembangunan Negara dan Blue Economy.

DSC 0501
 Lawatan YBhg Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Air,
Tanah dan Sumber Asli ke Booth Pameran PHN




Sumber  : Tim Projek Inovasi PHN
Artikel    : Lt Muhamad Khalis bin Ismail TLDM
Jurufoto : Sekretariat NGIS-8

Read 180 times Last modified on %AM, %18 %195 %2018 %11:%Jul
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3