header phn bm

 

A- A A+
%AM, %27 %769 %2019 %01:%Feb

Perbarisan Ulung Ketua Pengarah Hidrografi dan Majlis Ramah Mesra

Written by
Rate this item
(1 Vote)
gambar 1
Ketua Pengarah Hidrografi menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan




PULAU INDAH, 15 Feb – Perbarisan Ulung Ketua Pengarah Hidrografi telah dilaksanakan dengan jayanya di Padang Kawad KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH. Majlis disempurnakan oleh Laksmana Muda Hanafiah bin Hassan dan turut dihadiri oleh Pengarah Kanan Hidrografi, Laksamana Pertama Dr Najhan bin Md Said serta pegawai-pegawai kanan Pusat Hidrografi Nasional.

gambar 2
Pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Pengarah Hidrografi



Majlis berlangsung pada jam 0815H selepas panji-panji dikibarkan dimulai dengan platun bergerak masuk yang terdiri daripada 4 platun pegawai dan anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Ketua Pegawai Staf Rancang dan Operasi, Kdr Mohd Syahir bin Eleas TLDM serta disusuli dengan lagu Negaraku dan Samudera Raya. Seterusnya Ketua Pengarah Hidrografi memeriksa perbarisan dan memberikan ucapan ulung serta bacaan doa.



gambar 3
Sesi bergambar bersama warga PHN



Perbarisan Ulung Ketua Pengarah Hidrografi adalah satu upacara istiadat gilang-gemilang bagi memberi penghormatan dan sebagai lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh warga Pusat Hidrografi Nasional kepada Ketua Pengarah Hidrografi. Selain itu, Ketua Pengarah Hidrografi turut menzahirkan harapan kepada semua warga PHN supaya meneruskan kecermelangan yang telah dikecapi selama ini dan terus menjalankan tugas dengan amanah, jujur dan ikhlas.


gambar 4
Sesi memotong kek sambutan Hari Lahir



Sejurus setelah tamat perbarisan, Majlis Ramah Mesra bersama warga PHN diadakan di Wisma Bintara. Di kesinabungan itu juga turut disusuli dengan meraikan Majlis Hari Lahir bagi warga PHN yang lahir pada bulan Januari dan Februari serta Hari Lahir Ketua Pengarah Hidrografi yang ke-52. Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan persembahan montaj serta sesi bergambar bersama warga PHN. Ketua Pengarah Hidrografi meninggalkan majlis pada 1030H.


gambar 5
Warga PHN mengambil kesempatan dengan berswafoto bersama Ketua Pengarah Hidrografi












Sumber  : Tim Media PHN
Artikel    : Lt Muhammad Nabbil Faiz bin Alias TLDM
Jurufoto : 826904 BM HDI Amir bin Idris

Read 47 times Last modified on %AM, %27 %805 %2019 %02:%Feb
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3