header phn bm

 

A- A A+
%AM, %27 %177 %2019 %11:%Feb

Lawatan Rasmi Timbalan Menteri Pertahanan YB Senator Liew Chin Tong ke Pusat Hidrografi Nasional pada 26 Feb 19

Written by
Rate this item
(1 Vote)
gambar 1
Sesi bergambar Timbalan Menteri Pertahanan bersama Pegawai-Pegawai Kanan PHN dan KD SAAS





PULAU INDAH, 26 Feb – Pulau Indah, 26 Feb - Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Senator Liew Chin Tong berkesempatan mengadakan Lawatan Rasmi beliau ke Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah Pelabuhan Klang pagi ini. Walaupun padat dengan rutin harian di Kementerian Pertahanan, Yang Berhormat meluangkan masa untuk mendekati dan mengenali dengan lebih dekat peranan, tugas dan tanggungjawab PHN.

Lebih membanggakan ini merupakan lawatan ulung beliau ke PHN semenjak diperjawatkan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan pada Mei 2018. Lawatan ini adalah atas jemputan Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany. Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar bin Yahya, Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan, Pengarah Kanan Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said, PM KD SAAS,  Kdr Mohaizah binti Mohamed TLDM serta Ketua-Ketua Jabatan.

gambar 2
Penyampaian Taklimat Khas berhubung fungsi dan tanggungjawab PHN kepada ATM, Negara dan Antarabangsa



Pada lawatan ini, YB Timbalan Menteri Pertahanan telah diberikan taklimat oleh Pengarah Geospatial, Kdr Lukman Hanafiah bin Azamar Omar mengenai peranan, keupayaan, status pengukuran hidrografi perairan negara, status pencartaan serta cabaran semasa dan akan datang. YB Timbalan Menteri Pertahanan juga berkesempatan melawat dengan lebih dekat keupayaan pengurusan geospatial disini.

gambar 3
Ketua Pengarah Hidrografi memberi penerangan berkaitan produk carta yang dikeluarkan oleh PHN kepada Timbalan Menteri Pertahanan



Seterusnya, YB Timbalan Menteri Pertahanan meluangkan masa beramah mesra dengan warga PHN di Wisma Indah sebelum berangkat pulang. Terdahulu, beliau telah mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter di Padang Kawad PHN.

gambar 4
YB Senator Liew Chin Tong mendengar penerangan yang disampaikan oleh KDR Syahir bin Eleas TLDM
berkaitan prosedur kawalan kualiti data batimetri yang dilaksanakan oleh PHN







Sumber  : Tim Media PHN
Artikel    : Lt Mohamad Nizam bin Azhan TLDM
Jurufoto : 826904 BM HDI Amir bin Idris

Read 50 times Last modified on %AM, %27 %197 %2019 %11:%Feb
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3