header phn bm

 

A- A A+
%PM, %11 %235 %2019 %12:%Mar

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERANGI AEDES PERINGKAT KEBANGSAAN

Written by
Rate this item
(0 votes)
WhatsApp Image 2019 03 11 at 123729 1
Warga Pangkalan TLDM Pulau Indah sentiasa menyokong membanteras pembiakan Aedes di pangkalan

PULAU INDAH, 9 Mac – Program Gotong-royong Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan di Pangkalan TLDM Pulau Indah dengan penglibatan penuh daripada warga pangkalan dalam usaha untuk mencegah wabak denggi daripada terus menular. Objektif utama penganjuran program ini adalaah bagi mencegah penularan wabak denggi dan memberi kesedaran kepada warga navy people tentang habitat nyamuk Aedes serta cara-cara pembasmiannya.

WhatsApp Image 2019 03 11 at 123728 1
Pembersihan di setiap tempat air bertakung yang dikenal pasti



Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembersihan longgokan sampah, kolam air, longkang dan pemeriksaan tapak bangunan serta tangki air. Ubat penghapus jentik-jentik diletakkan di setiap kawasan yang menjadi tumpuan di kediaman blok bujang antaranya   Wisma Laskar, Wisma Bintara, Wisma Pegawai serta Bangunan Pentadbiran. Program ini telah mendapat impak yang amat baik dimana banyak tempat-tempat pembiakan nyamuk telah dimusnahkan dan dapat memberi pendedahan kepada semua warga  pangkalan yang hadir tentang kepentingan kebersihan bagi mewujudkan satu suasana yang ceria, bersih dan indah.

WhatsApp Image 2019 03 11 at 123728
 Cucian di tangkungan air


Sehingga kini, tiada laporan kes denggi yang dicatatkan pada tahun 2019 di Pangkalan TLDM Pulau Indah. Program berakhir dengan jamuan ringan seterusnya warga navy people bersurai pada 1230H.

WhatsApp Image 2019 03 11 at 123745
Kerja-kerja penyemburan air di setiap longkang yang tersumbat





Sumber  : Tim Media PHN
Artikel    : Lt Muhammad Nabbil Faiz Bin Alias TLDM
Jurufoto : 826904 BM HDI Amir bin Idris

Read 17 times Last modified on %PM, %11 %250 %2019 %13:%Mar
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3