header phn bm

 

A- A A+
Items filtered by date: October 2017
Gambar 2
Gambar Berkumpulan Ahli Keanggotaan JTMM

 

PULAU INDAH, 16 Okt 17 – Mesyuarat Ke-10 Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) telah berlangsung pada 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Batimetri, PHN. Mesyuarat JTMM ini telah memasuki ke siri ke-10 yang mana merupakan penjenamaan semula dari  Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Perkongsian Maklumat dan Data Bagi Objek-Objek Bawah Air (JKPPMOBA). Penubuhannya bertujuan untuk menzahirkan hubungan kerjasama antara Agensi Kerajaan dan Government Linked Companies (GLC) melalui perkongsian maklumat geospatial marin bagi mengkoordinasikan segala keperluan data marin mengikut standard dan polisi yang digariskan oleh Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI).

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) juga adalah seiring dengan Pelan Strategik Pusat Hidrografi Nasional untuk menyediakan platform Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI) di Malaysia seterusnya menyokong pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara iaitu Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). MyGDI merupakan platform perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi pembekal dan pengguna sekaligus mengelakkan pembaziran dari aktiviti-aktiviti bertindih dalam pengumpulan, pemprosesan dan penyaluran maklumat geospatial yang diperlukan untuk tujuan perancangan, pengawasan dan penguatkuasaan terhadap sumber marin Negara di kalangan jabatan Kerajaan dan agensi berkaitan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan Laksamana Muda Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Hidrografi, Seramai 30 deligasi daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat hadir di dalam mesyuarat ini. Ahli keanggotaan JTMM adalah sebanyak 25 Agensi termasuk PHN. Antara wakil agensi yang hadir ialah daripada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi, Jabatan Mineral Dan Geosains,  Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara, Agensi Remote Sensing Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi Malaysia, Malaysia Petroleum Management, Jabatan Taman Laut Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Telekom Malaysia Berhad dan Jabatan Peguam Negara. Ahli jawatankuasa terdiri daripada agensi swasta dan awam yang dilantik serta bermandat untuk membekalkan maklumat maklumat marin yang bersesuaian untuk disalurkan kepada PHN bagi tujuan perkongsian.

Antara agenda yang dibincangkan adalah maklumbalas dari perkara-perkara berbangkit dari siri mesyuarat yang lepas serta membincangkan lain-lain hal. Wakil dari Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara telah memberi taklimat tentang Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) dan diikuti taklimat MyMarine Geo-Hub oleh Lt Dya Astitie Hartatie Binti Toha (Pegawai GIS).  Mesyuarat ini juga turut membincangkan berkenaan Pembangunan Draf Terma Rujukan JTMM kepada wakil ahli JTMM yang hadir. Mesyuarat selesai pada jam 12.00 tengahari dan seterusnya kesemua ahli mesyuarat menikmati juadah makan tengah hari di Wisma Indah, PHN.  PHN mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat kerana telah menjayakan mesyuarat ini.

Gambar 1 

 YBhg Ketua Pengarah Hidrografi memberi ucapan pembukaan mesyuarat

 

Gambar 3
Antara Wakil Agensi Yang Hadir

 

Gambar 4 (2)
Sesi Pendaftaran

 

WhatsApp Image 2017 09 27 at 08.36.11  
Peserta Seminar Pegawai Hidrografi bersama Ketua Pengarah Hidrgorafi  

Seminar Pegawai Hidrografi (SPH) 2017 telah berlangsung di Pusat Hidrografi Nasional (PHN) pada 25 hingga 27 Sep 17. SPH merupakan aktiviti tahunan PHN yang diadakan setiap tahun. Seminar ini disertai oleh pegawai-pegawai Hidrografi TLDM dari PHN dan unit-unit luar PHN. Seminar pada kali ini turut melibatkan YBhg Panglima Tentera Laut dan beberapa Asisten Ketua Staf  jemputan dalam Majlis Ramah Mesra yang diadakan di akhir seminar.

SPH 2017 telah membincangkan penyataan masalah/isu terkini berkaitan Modal Insan dan cabaran-cabaran semasa yang dibentangkan oleh pegawai-pegawai dari PHN dan unit-unit hidrografi. Setiap isu yang dibentangkan kemudiannya disusuli dengan sesi perbincangan dan dialog untuk penyelesaian yang lebih holistic. Perbincangan setiap isu dikawal oleh tim plenari iaitu seorang moderator dan 2 ahli panel.

Majlis penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Hidrografi turut disempurnakan oleh YBhg KPH kepada 6 orang pegawai Hidrografi. SKM Hidrografi ini diperolehi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan perolehannya adalah bertujuan untuk persediaan bagi penganjuran program Pengikitirafan Kebangsaan kepada anggota Lain-lain Pangkat Hidrografi sepertimana yang telah dirancangkan.

Sesi Dialog bersama YBhg KPH. Sesi ini telah memberi ruang dan peluang kepada peserta berinteraksi bersama YBhg KPH bagi menyuarakan isu serta masalah peribadi mahupun komuniti hidrografi secara terus kepada pengurusan tertinggi PHN. Secara umumnya, para peserta berpuas hati dengan respon serta penjelasan yang telah diberikan oleh YBhg KPH terhadap pertanyaan yang diajukan.

Majlis Ramah Mesra Sempena SPH 2017. Majlis ini merupakan acara kemuncak SPH 2017 yang melibatkan kehadiran YBhg PTL berserta 5 orang Pegawai Kanan dari pihak Pengurusan Tertinggi TLDM. Objektif utama majlis ini adalah untuk memberi ruang kepada pegawai-pegawai Hidrografi untuk berinteraksi dan beramah mesra bersama YBhg PTL dan pihak Pengurusan Tertinggi TLDM. YBhg PTL juga telah menyampaikan amanatnya dan mengarahkan supaya PHN merancang Halatuju Cawangan Hidrografi yang menyokong serta seiring dengan Program Transformasi TLDM 15 to 5.

 

 

София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3