header phn bm

 

A- A A+
Items filtered by date: August 2017
Tukar Sijil 
 

 

PULAU INDAH, 4 Ogos – Satu Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diadakan di padang kawad, Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Penglibatan seramai 298 orang pegawai dan staff dari semua peringkat sama ada tentera laut dan juga staf awam yang berkhidmat di PHN.

Bacaan Ikrar telah diketuai oleh Laksamana Pertama Hanafiah bin Hassan dan disaksikan oleh Ketua Pengarah SPRM Negeri Selangor YBhg Dato’ Wan Ramli bin Wan Abdullah.

‘Ikrar Bebas Rasuah’ ini sebenarnya agak unik dan berbeza berbanding Ikrar Integriti Korporat kerana ia memberi penekanan kepada ikrar serta janji yang dibuat oleh para pemimpin TLDM dan warganya dalam kapasiti sebagai individu, untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang godaan rasuah dan salah guna kuasa, sepanjang melaksanakan tugas.

Dalam ucapan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh menegaskan beliau tidak akan berkompromi sekiranya terdapat pegawai dan staf bawahan beliau kiranya terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan gejala rasuah mahupun salah guna kuasa. 

 

 PKH baca Ikrar
 Bacaan Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh Laksamana Pertama Hanafiah bin Hassan. Pengarah Kanan Hidrografi.
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3