KD MUTIARA telah di bina di Pulau Pinang oleh Hong Leong Lurssen Dockyard. Dengan menggunakan kata panggilan antarabangsa 9MNG, yang berdimensi 71m panjang dan 13m lebar, kapal ini telah digunakan oleh pihak Tentera Laut Di Raja Malaysia mulai 18 Disember 1977 dengan nombor pennant A 255 juga merupakan ketua skuadron untuk Skuadron Hidrografi ke – 36.
Dengan dilengkapi 2 enjin utama jenis Deutz SBA 12M 528 yang bergerak dengan Kipas Pic Boleh Kawal (CPP) yang boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 16 knot dan dijana dengan 4 janakuasa utama serta 1 janakuasa kecemasan dan penujah haluan yang memberikan kebolehan pengoperasian untuk tempoh maksimum 3 bulan.
Ia turut dilengkapi dengan sistem pengukuran Hidrografi dan Oseanografi yang terkini serta dilengkapkan dengan 4 bot ukur serta 2 bot kerja. Ia memegang rekod pengukuran yang mengkagumkan yang mana telah menyumbang kepada penerbitan 50 carta nautika.
Pentadbiran, khidmat sokongan dan penyelenggaraannya adalah di bawah kawalan kuasa Kawalan Markas Armada manakala segala aktiviti pengukuran adalah dari arahan Ketua Pengarah Hidrografi.
CIRI – CIRI KAPAL
Nombor Pennant A 255
Panjang 71.15m
Lebar 13.56m
Kedalaman 4.75m
Berat 1905 ton (normal)
Kelajuan Maksimum 16 knot
Enjin 2 x SBA 12/M 528
SISTEM PENGUKURAN
Pemerum Gema Berbilang Sisi Atlas Hydrosweep MD 2/30 kHz
Pemerum Gema Laut Dalam Atlas Deso 25
Kuar Kelajuan Bunyi 10 Inchh
Penderia Pergerakan DMS 3-05
Expandable Bathy Thermograph (XBT)
2 x Sonar Imbas Sisi Klein 3000
Sistem Ukur Racal 960
SPemerum Gema Sisi Tunggal Deso 22
Transduser Kalibrasi
2 x Meter Arus S4
2 x 3″ Kuar CTD Miro