National Hydrographic Centre Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Echo Sounding Sea bed Deep Sea Santubong

National Hydrographic Centre

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Echo Sounding

Sea bed

Deep Sea Santubong

 

 

 

 

 

LAKSAMANA MUDA (B) DATO’ FADZILAH BIN MOHD SALLEH

PSAT DSDK PAT JSM KAT KMN BCK PJM PPS PPA MSc So (UKM) Dip PSP (UM) psc

 

Laksamana Muda (B) Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh dilahirkan pada 16 Sep 1958 dan merupakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 16 Sep 1976 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD MUTIARA, KD PERANTAU dan DSTLDM SG NYIOR sebagai Pegawai Navigasi dan Pegawai Laksana sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau didalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B di Australia pada 27 Nov 1981.

Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Muda (B) Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD PERANTAU, Pengarah Hidrografi dan Oseanografi , Pegawai Penyelidik di Pejabat Peguam Negara, Pegawai Staf 1 Pengurusan Bawah Air dan Asisstant Ketua Staf Operasi dan Eksesais Markas Tentera Laut. Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Muda (B) Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 6 Nov 2001.

Laksamana Muda (B) Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 13 Jan 2017 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-6. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1 Apr 2018.

 

 

 

 

KEPT SAHAK BIN OMAR TLDM

PAT SMS KAT KMN PJM PPS PPA MSoc Sc DS (UKM) Dip PSP (UM) mpat psc

 

Kepten Sahak bin Omar TLDM dilahirkan pada 28 Nov 1960 dan merupakan anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 8 Sep 1977 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Kerjaya beliau di dalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B di Australia pada 3 Dis 1982 dan meneruskan Kursus Panjang Hidrografi pada 17 Okt 1986.

Bermula dari tarikh tersebut, Kepten Sahak bin Omar TLDM telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD MUTIARA, Pengarah Hidrografi. Selain daripada itu, Kepten Sahak bin Omar TLDM pernah terlibat dengan Pegawai Pertukaran Hidrografi di HMNZS MONOWAI selama 2 tahun pada 1995. Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Kepten Sahak bin Omar TLDM telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 24 Jan 1998.

Kepten Sahak bin Omar TLDM telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 29 Dis 2006 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-4.

 

 

 

LAKSAMANA MUDA (B) DATO’ PAHLAWAN ZAAIM BIN HASAN

PSAT DPTS PAT JSM SMS KAT KMN AMN PJM PPS PPA FIMarEST MSc Dip PSP psc

 

Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan dilahirkan pada 7 Jul 1960 dan merupakan anak Bagan Datoh, Perak. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 5 Jan 1981 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD SRI KELANTAN, KD MUTIARA, KD PERANTAU dan KTD PENYU sebagai Pegawai Navigasi, Pegawai Laksana sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau di dalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B di Kanada pada 19 Jun 1989.

Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD MUTIARA, Pengarah Hidrografi. Selain daripada itu, Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan juga turut terlibat dengan persidangan peringkat antarabangsa seperti Extraordinary International Hydrographic Conference (EIHC) dan East Asian Hydrographic Commission (EAHC). Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan  telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 25 Okt 2001.

Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 25 Okt 2001 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-5. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 14 Jan 2017.

 

  

 

 

LAKSAMANA PERTAMA (B) DATO’ YACOB BIN ISMAIL

PAT JMN KAT KMN AMN PPA psc

 

Laksamana Pertama (B) Dato’ Yacob bin Ismail dilahirkan pada 17 Feb 1967 dan merupakan anak kelahiran Kluang, Johor. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 16 Jan 1986 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD RENCHONG, KD PANAH dan KD HANG TUAH sebagai Pegawai Navigasi, Pegawai Laksana dan Pegawai Memerintah sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau di dalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B di Australia pada 12 Dis 1976.

Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Pertama (B) Dato’ Yacob bin Ismail telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD MUTIARA, Pengarah Hidrografi. Selain daripada itu, Laksamana Pertama Dato’ Yacob bin Ismail juga turut menyertai Tim Penterjemahan Buku Seamanship pada tahun 1992 selama 2 tahun. Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Pertama (B) Dato’ Yacob bin Ismail telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 21 Okt 1996.

Laksamana Pertama (B) Dato’ Yacob bin Ismail telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 13 Nov 2000 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-3. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 17 Mac 2006.

Penyataan

Paparan terbaik:
Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18
Resolusi 1024 x 768 piksel 


Hakcipta | Dasar & Privasi | Penafian

Analisis Pengunjung

Hari ini 31

Mingguan 447

Bulanan 1429

Keseluruhan 6412