National Hydrographic Centre Echo Sounding Sea bed Santubong Seamount

National Hydrographic Centre

Echo Sounding

Sea bed

Santubong Seamount

PIAGAM PELANGGAN

Pusat Hidrografi Nasional bertanggungjawap untuk menerbitkan carta nautika yang berkualiti tinggi mengikut piawaian dan spesifikasi antarabangsa. Ianya merupakan satu kemestian bagi menjamin ketepatan maklumat di dalam usaha untuk mencapai kesalahan sifar serta menguasai teknologi terkini  agar perkhidmatan yang ditawarkan dan produk yang diterbitkan memenuhi keperluan pelanggan.

Maka dengan ini PHN berjanji:

  • Menyediakan perkhidmatan dan produk hidrografi yang menyeluruh untuk tujuan pertahanan, Industri maritim dalam luar Negara melalui :
  • Pengukuran Hidrografi sehingga 20,000 km persegi setahun
  • Menerbitkan 6 carta Nautika dan Carta Elektronik setahun
  • Menerbitkan Jadual Pasang Surut pada setiap tahun
  • Menggunakan sumber secara berkesan melalui pengurusan peruntukan Belanja Mengurus yang optimum. (>90%)
  • Mempertingkat keberkesanan maklumat hidrografi bagi memastikan keselamatan pelayaran dan menyokong Industri maritime Negara. (>90%)
  • Meningkatkan keupayaan hidrografi melalui Inisiatif perolehan, penyewaan dan proses senggaraan yang berterusan. (>90%)
  • Pematuhan kepada polisi dan prosedur tadbir urus yang melibatkan aspek intergriti, displin dan imej perkhidmatan dengan memastikan
  • Kes salah laku, intergriti dan pelanggaran displin tidak melebihi 2 kes setahun
  • Nisbah laporan media positif melebihi 2 : 1 berbanding laporan negative 
  • Meningkat dan memperluaskan kerjasama hidrografi melalui aktiviti dua hala dan pelbagai hala. (100%)
  • Melahirkan warga hidrografi yang berketerampilan, berpengetahuan, berkemahiran dan didorong oleh nilai-nilai teras yang berupaya menyumbang kepada kesiagaan operasi
  • Memperkasakan budaya kecemerlangan di kalangan warga PHN bagi meningkatkan pengiktirafan dalaman dan luaran, meningkatkan keberkesanan dan kecekapan organisasi melalui pendekatan kreatif dan inovasi. (>90%)

Piagam Pelanggan Pusat Hidrografi Nasional merupakan komitmen warga hidrografi terhadap keperluan penyampaian perkhidmatan dan produk kepada pelanggan melalui pendekatan yang terbuka, jelas dan telus. Ia juga merupakan satu jaminan terhadap tahap kualiti perkhidmatan dan produk yang di janjikan.

Aplikasi Online

 

Penyataan

Paparan terbaik:
Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18
Resolusi 1024 x 768 piksel 


Hakcipta | Dasar & Privasi | Penafian

Analisis Pengunjung

Hari ini 17

Mingguan 186

Bulanan 2528

Keseluruhan 47298