National Hydrographic Centre Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Echo Sounding Sea bed Santubong Seamount

National Hydrographic Centre

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Echo Sounding

Sea bed

Santubong Seamount

TAKLIMAT PERSEMBAHAN DAN MAJLIS PENUTUP HYDROGRAPHIC FIELD SURVEY PROJECT

PULAU INDAH, 16 JAN 20 - Taklimat Persembahan peserta Kursus dan Majlis Penutup Hydrographic Field Survey Project bagi kursus UTM Hydro II FIG/IFO/ICA Category A Sesi 2019/2020 telah berlangsung di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional. Seramai 8 orang peserta kursus UTM Hydro II FIG/IFO/ICA Category A telah mempersembahkan hasil pengukuran hidrografi mereka dengan jayanya di hadapan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan dan Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Mohd Razali bin Mahmud.

Ini merupakan disiplin terakhir yang diperlukan oleh peserta kursus setelah menjalani kursus selama 53 minggu bagi membolehkan mereka menjadi Juru Ukur Bertauliah Kategori A yang diiktiraf oleh International Hydrographic Oranization (IHO). Walaupun dinamakan latihan praktikal, aktiviti pengukuran yang dijalankan merupakan pengukuran hidrografi sebenar, yang dijalankan secara menyeluruh oleh peserta kursus, dengan diselia oleh Pegawai Staf PHN. Hasil pengukuran akan melalui proses kawalan kualiti untuk memastikan ianya mencapai spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan bagi penghasilan carta nautika.

Sebagai sebuah entiti hidrografi nasional, PHN sentiasa memandang serius terhadap kualiti juru ukur hidrografi di negara ini agar proses pengumpulan data dan penghasilan produk hidrografi memenuhi spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan pelayaran. Berlandaskan kepada kepercayaan dengan tujuan dan matlamat yang sama iaitu bagi menghasilkan juru ukur yang kompeten dalam bidang hidrografi, PHN telah berkolaborasi dengan pihak UTM bagi mengendalikan subjek Hydrographic Survey dan Hydrographic Field Survey Project yang merangkumi kursus Hydrography Category B, Hydrography Category A dan Hydrography Category A (PEJUTA) sejak tahun 2018 yang lalu.

Tahniah diucapkan buat kesemua peserta kursus!

Ucapan oleh Ketua Pengarah Hidrografi

 

Taklimat persembahan oleh salah seorang penuntut kursus

 

Penuntut Kursus selesai Taklimat Persembahan 

 

Bergambar kenangan di hadapan Wisma Indah

Program

Aplikasi Online

 

Penyataan

Paparan terbaik:
Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18
Resolusi 1024 x 768 piksel 


Hakcipta | Dasar & Privasi | Penafian

Analisis Pengunjung

Hari ini 24

Mingguan 215

Bulanan 215

Keseluruhan 33746