National Hydrographic Centre Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Echo Sounding Sea bed Santubong Seamount

National Hydrographic Centre

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Echo Sounding

Sea bed

Santubong Seamount

Info Terkini

PULAU INDAH, 23 JUL 20 - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah berjaya peroleh keputusan 5 Bintang iaitu 90.21% bagi Audit Kesiapsiagaan (AK) Pusat Hidrografi Nasional 2020. AK PHN 2020 yang dilaksanakan pada 20 Jul hingga 23 Jul 20 oleh Bahagian Inspektorat Jeneral (BIJ) Markas Tentera Laut merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan pengurusan, perkhidmatan teras dan pengurusan pelanggan. 

Kaedah pelaksanaan audit adalah melalui semakan dokumentasi, pemeriksaan bahan bukti, lawatan pemeriksaan , pemeriksaan perbarisan, kajian kepuasan warga, temuduga evolusi kecemasan dan pertahanan pangkalan. Pelaksanaan AK pada kali ini diubahsuai selaras dengan PKPP serta mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan. Penilaian audit adalah berdasarkan kepada Format Penilaian Protokol Audit TLDM.

AK PHN 2020 kali ini amat bermakna buat seluruh warga PHN apabila berakhir dengan keputusan yang sangat membanggakan berkat semangat, sikap positif dan kerjasama warga PHN yang penuh komitmen walaupun terpaksa berdepan dengan situasi dan pandemik COVID-19. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PHN. Bravo Zulu!

 

 

PULAU TIOMAN, 28 JUL 20 - Lawatan Kerja Projek Pemetaan Kawasan Habitat Marin Pulau Tioman, Pahang telah dilaksanakan pada 28 dan 29 Jul 20 lalu. Selain Pusat Hidrografi Nasional (PHN), delegasi lawatan turut disertai oleh Jabatan Perikanan, UTM dan UMT iaitu 4 organisasi yang terlibat dalam projek kerjasama ini.

Delegasi telah berpeluang untuk meninjau secara fizikal pelaksanaan kerja-kerja pengumpulan data, status kemajuan kerja dan juga kesiagaan peralatan serta sistem yang digunakan oleh Tim Ukur PHN. Delegasi lawatan amat menghargai komitmen dan kesungguhan Tim Ukur PHN dalam melaksanakan proses pengumpulan data. Tahap moral dan sikap profesionalisme yang tinggi oleh Tim Ukur PHN juga sangat-sangat dikagumi.

Dalam masa yang sama, delegasi lawatan turut menjiwai cabaran & pengorbanan oleh Tim Ukur PHN dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sebagai tanda penghargaan, Jabatan Perikanan sebagai pihak pengelola telah mengambil kesempatan bagi menghulurkan bingkisan raya kepada Tim Ukur PHN di penghujung lawatan kerja terbabit.

Untuk rekod, pengukuran hidrografi oleh Tim Ukur PHN telah dimulakan sejak 8 Jun yang lalu. Terkini, berkat kegigihan mereka, hampir 60% daripada jumlah keseluruhan kawasan telah sempurna dan dijangka selesai sepenuhnya pada pertengahan September nanti. Sumbangan Tim Ukur ini amat besar nilainya dalam menjaga khazanah maritim negara.

 

 

 

PULAU INDAH, 20 JUL 20 - Audit Kesiapsiagaan (AK) Pusat Hidrografi Nasional (PHN) 2020 dilaksanakan pada 20 hingga 24 Jul 20 oleh Bahagian Inspektorat Jeneral (BIJ) Markas Tentera Laut. Audit ini merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan pengurusan, perkhidmatan teras dan pengurusan pelanggan.

Atur cara AK PHN 20 pada 20 Jul dimulai dengan Kawalan Kehormatan Kuarter oleh Inspektor Jeneral, Laksda Dato' Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman selaku Ketua Audit. Seterusnya Taklimat Pembukaan AK oleh Ketua Audit dan Taklimat Maklum Balas PHN kepada Ketua Audit di Bilik Mesyuarat Batimetri. Ketua Audit turut melaksanakan Lawatan Pemeriksaan ke kawasan PHN dan Bilik Gerakan Forward Mounting Base (FMB) bagi Operasi BENTENG.

 

 

 

 

PULAU INDAH, 21 MEI 20 - Tahniah buat warga Pusat Hidrografi Nasional (PHN) kerana berjaya mengekalkan kecemerlangan Sijil MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2020.

Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 PHN telah dilaksanakan secara ‘remote audit’ oleh SIRIM QAS International mulai 20 - 21 Mei 20. 'Remote Audit' dilaksanakan menggunakan aplikasi alam maya selaras dengan Norma Baharu yang disarankan oleh kerajaan bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam mencegah penularan COVID-19.

Walaupun negara dilanda wabak pandemik COVID-19, PHN tetap berusaha dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti PHN sentiasa menepati piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan. Kerjasama yang baik oleh Tim Audit yang terdiri daripada Encik Akmar Hisham Saat selaku Ketua Auditor dan Encik Harris Nazeela Khairudin turut dihargai oleh warga PHN.

PULAU INDAH, 15 Apr 20 - Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan meraikan kenaikan pangkat Navy People dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna. Majlis pemakaian pangkat melibatkan 5 orang Bintara Muda yang dinaikkan ke pangkat Pemangku Bintara Kanan dan 4 orang Laskar Kanan yang dinaikkan ke pangkat Pemangku Bintara Muda.

Warga Pangkalan TLDM Pulau Indah turut mengamalkan penjarakkan sosial sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia demi mencegah penularan wabak COVID-19. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang dinaikkan pangkat dan berharap dengan kenaikan pangkat tersebut menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang.

 

PULAU INDAH, 25 FEB 20 - Mesyuarat di antara pihak Pusat Hidrografi Nasional dan Tok Bali Supply Base (TBSB) Sdn Bhd serta pihak berkepentingan bagi perkembangan penerbitan Carta Pelabuhan Tok Bali. Pihak berkepentingan yang terlibat seperti MPM Petronas, HESS Corporation Malaysia, REPSOL Oil & Gas Malaysia Limited dan Bahtera Sri Kandi Marine Sdn Bhd. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksma Dr Najhan bin Md Said manakala pihak TBSB Sdn Bhd diketuai oleh Chief Operating Officer, Tn Hj Md Suhaimi bin Husain.

Mesyuarat memperhalusi keperluan data bagi penerbitan Carta Pelabuhan Tok Bali. Dengan penerbitan carta itu nanti dapat menjamin keselamatan pelayaran seterusnya merancakkan industri maritim dengan menjadikan Tok Bali sebagai pemangkin utama kepada perkembangan dan pembangunan ekonomi kawasan utara pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya Negeri Kelantan.

SKUDAI, 2 MAC 20 - Majlis Perasmian Kursus “Marine Geospatial and Cartography Programme Category B (FIG/IHO/ICA) 2020” yang disempurnakan oleh YBhg Prof Madya Sr Dr. Zulkarnaini Mat Amin, Pengarah Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM.

Kursus ini akan dilaksanakan selama 24 minggu bermula dari 2 Mac hingga 28 Ogos 20 dan diiktiraf sebagai Kategori B Kartografi (CAT B CARTO) oleh FIG/IHO/ICA merupakan program kolaborasi antara Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Kursus pada kali ini julung kali dihadiri oleh 6 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari kepakaran Hidrografi demi menyahut aspirasi PHN untuk melahirkan anggota TLDM yg kompeten dan bertaraf dunia setanding dengan negara maju.

 

PULAU INDAH, 11 MAC 20 - Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Pusat Hidrografi Nasional (PHN) tahun 2020 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.

Pertandingan KIK PHN yang berlangsung pada 13 Feb 20 lalu telah disertai oleh 7 kumpulan yang mewakili Bahagian masing-masing. Johan bagi Pertandingan KIK PHN tahun 2020 dimenangi oleh Bahagian Tadbir iaitu projek e-Hydro. Tempat Kedua jatuh kepada Bahagian METOC dengan tajuk projek e-Tides manakala tempat Ketiga dimenangi oleh Bahagian Pencartaan dengan tajuk Print on Demand.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang. Semoga berjaya diperingkat seterusnya.

 

PULAU INDAH, 31 JAN 20 - Lawatan Akademik oleh Pelajar Diploma Ukur Tanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Pusat Hidrografi Nasional. Lawatan bertujuan untuk mengetahui bidang tugas proses penghasilan carta nautika dan kerja pengukuran kedalaman laut negara. Taklimat lawatan dan penyampaian cenderahati bagi pihak PHN telah disampaikan oleh Lt Kdr Hilmi bin Mohd Amin TLDM. 

 

PULAU INDAH, 31 JAN 20 - Majlis Pemakaian Pangkat Laskar Kelas II kepada Laskar Kelas I di Dewan Wisma Laskar Pangkalan TLDM Pulau Indah telah disempurnakan pada 31 Jan 20 oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md. Said serta Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Mohaizah binti Mohamed TLDM. Seramai 11 anggota berpangkat LK II dari pelbagai kepakaran telah dinaikkan ke pangkat LK I. Tahniah diucapkan dan Sedia Berkorban!

 

Page 1 of 5

Program

Aplikasi Online

 

Penyataan

Paparan terbaik:
Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18
Resolusi 1024 x 768 piksel 


Hakcipta | Dasar & Privasi | Penafian

Analisis Pengunjung

Hari ini 39

Mingguan 568

Bulanan 683

Keseluruhan 39698