Top Ad

 

CERAMAH AGAMA PERDANA SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TLDM KE-89

PULAU INDAH, 18 MAY 23 - Pusat Hidrografi Nasional dengan kerjasama AJK Masjid al-Qayyum, Bandar Armada Putra telah menganjurkan Ceramah Agama Perdana Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-89. Penceramah jemputan pada kali ini ialah al-Fadhil Ustaz Che Amran bin Md Yusof atau lebih dikenali Ustaz Che Amran Bollywood. Beliau merupakan pengasas dan pengetua Madrasah Tahfiz Raudhah al-Ilmi Prima, Rawang Selangor. Penceramah juga sering kali menjadi tetamu jemputan dalam slot Tanyalah Ustaz TV3 dan TV9. Tajuk ceramah yang disampaikan kali ini ialah, “Hakikat Sebuah Pengorbanan Yang Tidak Ternilai Harganya”. Program ceramah turut diserikan lagi dengan kehadiran Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi bersama-sama 400 orang warga pangkalan serta ahli kariah sekitar Masjid al-Qayyum Bandar Armada Putra.

   

 

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 126

Mingguan 1212

Bulanan 761

Keseluruhan 239847