PULAU INDAH, 17 OGOS 23 - Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional, Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 17 Ogos 23. Seramai 12 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dengan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM. Tahniah diucapkan kepada kesemua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.