Top Ad

 

MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL WISMA INDAH 2023

SUBANG JAYA,  20 OGOS 23 - Wisma Indah, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah membuka lipatan sejarah di mana buat julung kali Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) diadakan setelah 17 tahun penubuhan PHN dan dihadiri oleh 102 ahli wisma dan pasangan. YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi dan isteri, Datin Nor Hayati binti Abdullah telah berbesar hati hadir dalam majlis yang penuh bersejarah ini. Penganjuran majlis MMR ini amat bertepatan dalam mengekalkan adat serta budaya rejimental yang diamalkan sekian lama, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan sebagai platform yang dapat memupuk semangat kebersamaan antara ahli Wisma Indah dan pasangan. Bertemakan konsep Black & Gold, ahli Wisma Indah terserlah bergemerlapan, anggun dan segak dengan pasangan masing-masing. Majlis MMR ini juga mengambil ruang untuk meraikan ahli Wisma Indah iaitu Lt Kdr Ahmad Shahrin bin Abu Zarin TLDM , Lt Khairul Anwar bin Abdul Wahab TLDM dan Lt Muhammad Shafiq Ridzuan bin Mohd Fadzil TLDM yang bakal menamatkan perkhidmatan dalam TLDM serta meraikan pegawai yang bertukar ke unit baru; Fair Winds and Following Seas. Tidak lupa juga sekretariat majlis MMR ingin mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada unit-unit luar yang memberi bantuan melancarkan majlis iaitu Wisma Samudera, BAKES TLDM, Pancaragam Pusat TLDM, pasangan Juru Acara majlis dari MAWILLA 1, 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD), pihak staf Sunway Resort Hotel dan juga lain-lain bantuan secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya kerjasama dan bantuan dari pihak unit luar amatlah dihargai.

   

   

   

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 11

Mingguan 438

Bulanan 1447

Keseluruhan 240533