PULAU INDAH, 11 SEP 23 - Audit Kesiapsiagaan (AK) Pusat Hidrografi Nasional (PHN) 2023 dilaksanakan pada 11 hingga 15 Sep 23 oleh Bahagian Inspektorat Jeneral, Markas Tentera Laut. Audit ini merangkumi penilaian semua aspek yang berkaitan dengan pengurusan organisasi, perkhidmatan teras, keselamatan pasukan dan kepuasan warga. Atur cara AK PHN 2023 pada 11 Sep 23 dimulai dengan Kawalan Kehormatan Kuarter oleh Inspektor Jeneral, Laksda Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin selaku Ketua Audit. Seterusnya, pelaksanaan Taklimat Pembukaan AK dan Taklimat Maklum Balas PHN di Bilik Mesyuarat Batimetri.