PULAU PINANG, 24 OKT 23 - Mesyurat ke-19 Jawatan Kuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) telah diadakan pada 24 Okt 23 bertempat di Angsana Room, Eastin Hotel, Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Hazri bin Hassan. Pusat Hidrografi Nasional selaku pengerusi Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi (KKNPEG) telah diwakili oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan dan Kdr Khairul Anuar bin Abdul Aziz TLDM. Di antara objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perkembangan aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Teknikal dan juga Jawatankuasa Negeri dalam mencapai objektif penubuhan JKNG untuk menyelaraskan kegiatan penentuan nama geografi di Malaysia.